salam admin. terima kasih siarkan dan hide profile saya. saya ada masalah sikit. saya dah kahwin dengn suami dalam 2tahun lebih. suami merupakan anak sulung dalam keluarga dan ada sorg adik autisme.. dulu adik ipar saya ni masih okay tak selalu mengamuk, sejak akhir2 ni adik ipar saya selalu mengamuk. dan disebabkan badan dia besar jadi MIL dan FIL saya perlukan bantuan anak2 tapi yang pelik nya, selalu menjadi mangsa ialah suami saya. sedangkan adik beradik lain duduk rumah sebelah je dengan rumah MIL berbeza dengan kami yang jauh sikit.
saya sekarang tengah mengandung anak no 2 dan tengah sarat. bila2 masa je boleh beranak. saya cakap kat suami lepas ni harap adik2 lain boleh bantu sebab suami kena fokus untak saya dan anak anak. yela kadang tak kira waktu adik ipar tu mengamuk sampai kol 2 3 pagi juga lah. tapi kata suami dia anak sulung.. tnggungjawab dia. dan menjadi persoalan buat saya, tau pulak dia tanggungjawab dia sebagai anak. tapi pasal bini dengn anak dia sendiri. rela dia biar saya yang tengah sarat ngandung ni jaga anak sampai malam,
kadang bila petang dah balik kerja malam dia lepak pulak dengn membe biar saya sorang urus anak. sampai saya cakap baik tak payah kahwin. saya perlukan pendapat dan sokong.. kadang saya sedih sakit hati saya lepas kan anak saya, saya rotan dia pukul dia sedangkan dia bukan buat salah besar pun… pstu ank dh tidur sedih sendiri.. saya terpikir apa nasib saya bila anak no 2 ni dah keluar.. adakah saya akan uruskan sendiri. adakah suami hanya perlu jalan tanggungjawab untuk Ibu bapa dia je sedang isteri kena urus anak2,rumah lagi.. semua saya buat sorang2 serba serbi dr masak bqsuh baju sidai baju mqndi anak smpi bila anwk berjaga malam pun saya yg kena bangun…jdi apa yg perlu sy buat ya?? terima ksih semua




