Salam admin dan yang lain lain. Admin, tolong hide profile saya ya, saya pinjam acc kawan saya. Saya nak tanya, sebelum tu saya nak cerita dulu. Saya baru 21, dah kawen. Baru ja kawin tahun lepas, sebelum kawin saya memang anak tunggal mama saya. Dan kami berdua lah dari dulu sampai lah sebelum saya kawin. Mama abah bercerai ketika mama baru habis pantang dekat saya, so tinggallah kami berdua sebab, mama tak nak kawin lain takot saya tak cukup kasih sayang dari dia nanti kalau dia kawin lain. Sampai lah umur saya 19, saya kenal sorang laki ni iaitu suami saya sekarang. Saya dah bagitahu dia, saya anak tunggal, dan dah bincang kalau boleh kawin nanti nak tinggal sekali dengan mama saya.
Sebab saya tak nak tinggaikan mama saya sorang sorang dekat rumah, and dia okay. Dia pulak 3 beradik je dalam family dia, semua lelaki, dan dia bongsu. Abg dia dua dua belom kawin. Saya bukan tak nak tinggal dengan family dia, nak balik sekali sekala okay je. Saya tak kisah pun, tapi saya cuma nak tinggal dengan mama. Kat rumah diorang dah ramai boleh tengok mak ayah dia, macam saya kalau saya tinggalkan mama, mama takde sapa sapa. Risau. Kalau boleh saya nak juga jaga mama macam mana mama jaga saya dulu, kawin bukan satu alasan saya tak boleh jaga mama.
Alhamdulillah suami okay. Tapi yang jadi masalah bila mil dengan fil terlalu kawal anak bongsu. Bila saya nak balik rumah mama, fil akan kol tengah malam cakap tak sihat, nak demam dan sebagainya, kami pun terpaksa cepat2 balik rumah mil. Bila sampai, dia cakap kenapa balik? Ayah okay. Lepas tu bila kami nak balik, dia cakap ala tido sini dulu. Esok esok balik. Masalahnya saya risau mama kat rumah. Bila bagitahu fil, dia cakap ala bukan hari hari pun nak tinggal tido sini. Masalahnya sekarang memang hari hari. Bunyi je tinggal dekat rumah mama, tapi bila suami balik kerja ja, fil akan kol cakap dia tak sihat semua, pastu tak bagi kami balik. Tak sihat pun boleh keluar balik 3/4pagi lepak dengan kawan kawan.
Saya dah penat slowtalk dengan suami, suami minta suruh sabar kejap. Mama memang okay bila tak balik rumah, tapi dia orang tua tua mesti dia akan sedih bila sorang sorang sunyi dekat rumah. Bendani dah hampir dua tahun, hari hari jadi benda yang sama. Kadang2 kami sengaja taknak balik, taknak angkat kol. Lepas tu fil mesej dekat saya, marah saya Cakap saya ajar anak dia jadi anak derhaka dan sebagainya dan Bila kat rumah diorang saya lah bibik. Abg2 dia tau nak komen masak tak sedap la apa lah, rumah berselerak, mil pulak asyik keluar jaja merata saya ni menantu tak guna. Saya dah bagitahu suami, saya dah tak tahan berterusan macam ni. Macam2 saya buat bagi diorang faham, tapi diorang tetap nampak saya jahat and ajar anak diorang jadi derhaka.
Saya tak pernah pun ajar suami untuk jadi derhaka, duit tak cukup sekalipun, saya tetap suruh dia bagi dekat parents dia walaupun sikit. Saya sentiasa akan ingatkan dia tentang tanggungjawab dia dekat mak ayah dia. Suami dengan saya memang tak ada masalah langsung, tapi masalah mak ayah dia tu buat saya rasa lebih baik saya dengan dia berpisah. Saya dah bincang dengan suami, saya nak berpisah. Suami tak nak, saya dah buntu. Saya tak nak orang asyik tuduh saya ajar anak dia jadi anak derhaka, saya tak nak orang pandang saya jahat.
Walaupun sakit untuk saya, biarlah perkara terbaik untuk saya. Hilang suami, boleh cari ganti. Hilang mama, saya sendiri pun tak tahu apa akan jadi dekat saya. Dari kecil, mama tak pernah menduakan saya. Saya rasa lebih baik saya, jaga dia sampai bila bila, tipu lah kalau tak teringin nak ada anak dan suami. Saya sayang suami saya, tapi saya tak sanggup sangat. Saya tersiksa, tersepit. Saya taknak mama saya sedih, saya tak boleh tengok mama saya sedih dan orang lain gembira. Wajar ke saya berpisah dengan suami, atau terus brsama suami dan buat hati kering?