Assalammualaikum…. ni bukan fake acc tapi saya tahu, inshaAllah admin akan jaga aib kita.. Pada tahun lalu saya pernah meluah kat sini tentang ibu mengandung 7 bulan dengan anak kecil dua orang, yang suami ada skandal dengan janda… dengan dah bersalin baby dah masuk 5 bulan. alhamdulillah suami semakin berubah berkat kesabaran dan berdoa pada ALLAH S.W.T tapi tak pasti jika suami akn ulangi lagi keprcayaan dah pudar tapi saya tetap menjalankan tanggungjawab seperti biasa..
saya sedih melihat baru2 ni ada ibu meroyan yang di tinggal bersama baby 4 bulan dan 3 orang lagi anak kecil yang kakak umur 10 tahun… luka lama berdarah kembali, sama macam kes saya sewaktu dalam pantang, suami hari2 keluar jumpa skandal dia pada masa tu saya hanya mampu menangis dan pernah sekali saya meredhakan tapi sapalah saya untuk bertahan, saya juga seperti hamba Allah yang lain sentiasa di bolak balikkan hatinya, saya semakin tidak tahan darii cuba redha hingga jatuh benci, mereka masih bersama dalam keadaan saya berpantang yang serba kekurangan,
Dua minggu selepas saya melahirkan baby saya hampir meroyan saya mengamuk tumbuk pintu tendang almari seperti orang hilang akal. Menangis setiap malam sehingga berat badan susut dahlah luka czer belum sembuh…. satu ja prinsip saya, sentiasa bersyukur selalu jangan tunggu ada baru bersyukur. Sokongan dari mak mertua dan adik beradik yang tak pernah putus, saya bersyukur ya ALLAH dikala saya dalam ujian MU engkau hadirkan ramai orang yang banyak memberi sokongan darii segi wang ringgit dan tenaga.
mak saya sehingga ke hari ni masih membencikan suami tapi mak tak abaikan kami cuma tak suka pada suami setelah sekian lama saya banyak berkorban selama 15 tahun bersama saya terima seadanya ketika suami dilanda ujian tak bekerja pada masa tu jugaklah dia tinggalkan parut yang tak dapat dilupa sampai bila2. Sehinggalah saya sihat dan masuk bekerja saya mula berasa kuat saya mula pertahankan rumahtangga saya badan yang dahulunya 75 kg kini angka 59 kg.. banyak hilang kg tu. saya semakin ubah penampilan dah boleh melaram, saya juga muhasabah diri mungkin kesilapan daripada saya juga, hubungan dengan ALLAH tetap jaga.
kini suami sudah banyak berubah dan kembali seperti dahulu. banyak tanggungjawab yang di abaikan cuba di tebus.. rezeki baby lahir rezeki kewangan juga bertambah, alhamdulillah. saya berharap saudara saudari sekalian doakan kebahagiaan kami hingga ke JANNAH tanpa hadirnya orang ketiga bukan harta benda yang saya cari tapi kesetiaan seorang suami dan tanggungjawab kepada anak2… tetap berjuang kerana tahu tak mampu berpoligami. Biarlah rahsia sebabnya…ALLAH maha mengetahui selagi mampu saya bertahan




