Assalamualaikum warga KRT and admin. Sebelum korang membawang. Aku nak share sikit problem aku. Benda ni nampak remeh bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku susah sangat nak hadam dan aku jadi serabut. Alkisah aku dah kawen 2 tahun dan dalam 2 tahun ni aku banyak berendam air mata sebab peel laki n mak mentua. Jujur banyak sangat dah mil aku buat aku terasa hati menangis. Isu nya 2 benda paling aku sakit hati selama 2 tahun hidup dengan dia.
Maybe baru 2 tahun kan.Tapi rasa dah 20 tahun jiwa aku ni kena seksa. So cerita nya laki aku ni asal usul orang senang. Aku pulang tak berapa senang. Dengan adik2 sekolah lagi. So aku kerja dia kerja. Duit gaji aku. Aku sisa kan lebih pada family aku sebab adik2 aku sekolah. Ibu aku tak berapa sihat. Jadi laki aku suka tarik muka bila aku kirim duit dekat ibu aku.
Dia selalu kata aku lebihkan family aku Bukan banyak pon aku kirim Kadang rm500 kadang rm300 Itu 1 hal Yang kedua laki aku ni suka follow cakap mak dia . Mak dia bagus. Pandai niaga. Pandai carik duit. Tapi dia buat duit tu macam nyawa. Tiap2 bulan dia akan tanya laki aku pasal duit. Dah simpan ASB ke? Dah bayar sewa ke? Aku rimas, Biasalah dalam awal2 berumah tangga ni. Kadang duit lebih. Kadang duit terkurang.
So bila bab terkurang tu kadang terpakai duit ASB. Bila mil aku cek ASB laki aku. Dia akan terus call laki aku pastu marah2 sebab kuarkan duit ASB. So untuk penjelasan ASB laki aku still nama mak diia So aku nak buat apa? Kuarkan duit tu pun sebab emergency jer . Contoh baru2 ni gear keter rosak . Laki aku kuarkan ASB untuk bayar kos repair . Tau2 mil aku call marah. Aku serabot gilaa. Semua benda nak kontrol.
Lagi 1 mil aku ni marah jugak dekat aku sebab aku tak mengandung2. Aku mengandung 2 kali. Tapi dua2 gugur. Siapa aku nak tolak takdir Allah. Aku tak mintak gugur. Sapa jer taknak zuriat. Semua nak. Tapi tak tahu bila .
Semalam aku gaduh dengan mil dan laki aku. Punca? Masa nak nikah dulu aku beli 20 pcs dulang hantaran kayu. And aku tempah khas dekat kawan aku. Sebabkan aku nak simpan lama dulang tu so aku perabis lah duit beli.
So lepas majlis abang sepupu laki aku pinjam 11pcs. And dia bagi bini dia terus. Dia tak cakap pun yang dulang tu dia pinjam aku punya. So baru2 ni aku suruh laki aku mintak balik dekat mil sebab kawan aku nak pinjam. Mil aku marah2 laki aku. Dia kata aku berkira sangat dulang macam tu. Dia cakap lagi yang dia keluarkan duit hantaran beribu untuk aku. Bagi dia memang celah gigi jer boleh beli. Aku OT sampai demam2 nak bayar duit dulang tu. Bagi dia maybe tak ada nilai .
Tapi bagi aku tu kenangan yang ada . Boleh jugak aku bagi kawan2 pinjam. Tapi nak buat macam mana. Dulang tu bini abang sepupu laki aku dah jual. Aku marah sangat. Sampai bergaduh dengan laki aku. Kadang2 sampai 1 tahap aku nak sangat mintak dia lepaskan aku. Sebab aku terseksa jiwa raga. Family aku tak pernah campur hal aku. Tapi mil aku pun tak serik2 nak kontrol. Salah ke kalau aku mintak ganti rugi untuk dulang tu? Aku serba salah. Aku tak nak orang kata aku menantu jahat. Tapi aku buntu.
Hari2 aku gaduh dengan laki aku. Tu belum bab laki aku kaki pukul. Belum bab laki aku ada skandal. Patot ke aku teruskan perkahwinan ni . Atau aku sengaja jadi bodoh sebab bertahan walaupon aku tak bahagia ? Aku yang bod0h sebab ikot hati sayangkan dia. Padahal mil aku bukan suka aku. Laki aku pon tak hargai aku . Urmmm Sekian. Selamat membawang.