Hi admin saya cuma ingin berkongsi masalah manatau ada pendapat yang boleh dipakai di ruangan ni, tolong sembunyi profile saya. Saya kahwin pada 2011, sekarang anak 3orang. saya bekerja gomen, suami keja swasta. januari tahun ni dia kantoi ada perempuan lain d tempaat keja dia. Saya jumpa perempuan tu, saya tak serang. saya cuma tanya kenapa gambar dia banyak dalam hp suami saya sekali dengan video. simply dia jawab sebab suami saya tu bos dia, kalau tak layan nanti lain pula.
Saya tanya la dia, apa yang diorang bincang sampai hantar2 gambar selfie yang menggoda ke hp suami saya.
dia kata cuma cerita biasa, saya bagi tau status bos tu cuma terpakai d waktu pejabat, luar waktu pejabat dia suami orang. Boleh pula dorang berwasap sampai tengah2 malam. Lepas tu,suami malukan pula saya depan perempuan tu, saya kata kalau suka dia , awak lepaskan saya dulu.. suami terus cakap boleh cerai dengan syarat dia nak ambil anak2. lepas tu senyum2 tanda puas. saya tak pernah tengok lelaki lain selepas kawin, saya jaga batas pergaulan saya di mana2 pun. sampai saya pergi keja tak pakai mekap takut dia jeles nanti, semata2 nak ambil hati takut dia pikir bukan2… last2 saya jumpa pula gambar perempuan lawa pakai mekap dalam hp dia.
Balik rumah saya tanya dia kenapa sanggup buat saya macam ni.. dia kata boleh buat macam tu sebab dia boleh kawin 4. Lepas dari kejadian tu, saya dh tawar hati dengan dia. bukan apa.. saya penat keja bantu dia selama ni even dari couple lagi, termasuk beli cincin nikah, duit hantaran kawin pun dia tak habis bayar lagi sampai sekarang, keperluan anak2 dari yang sulung sampai ke3 semua saya yang sediakan dari susu, pampers, yuran skolah, termasuk pakaian suami ,makan dia, baju keja dia je saya tak belikan sebab company dia bagi.
pakaian saya sampai hari ni dia takpernah bagi walau sehelai.
Rumah sewa kami saya yang tlagi isi sampai habis duit kwsp saya beli keperluan dalam rumah.dia cuma goyang kaki masuk rumah. Dulu kadang2 tu dia minta pula saya duit untuk dia beli sarapan di tempat kerja. saya bukan mengungkit tapi saya sangat down bila dia sendiri cakap masih akan cari perempuan tu lepas ni. Dia pernah berdoa semoga mereka berjodoh depan2 saya. pernah kantoi dia rakam perbualan dia dengan perempuan tu d hp dia, bunyi orang dilamun cinta kaw2 lah. kami berebut hp tu sampai dia buang saya ke lantai, semata2 nak delete perbualan dorang. Dia tak pernah minta maaf pun dengan saya. Dia biar saya macam tu je. sampai la hari ni dia pukul saya sebab dia marah saya cakap nak bawa anak2 balik rumah parent, dah lama tak balik kampung, raya pun tak balik kampung sebab beraya d kg suami.
Saya kecewa, kalau di office, Dia selalu bagi taklimat pasal akhlak yang baik kepada staf dia macam orang baik sangat tapi dengan keluarga dia tak berbaik pun tak berlembut pun. Semua yang saya buat untuk bantu dia stabilkan keluarga kami dia tak hargai pun. Ya dia memang bos d tempat kerja tapi gaji dia Cuma cukup2 untuk bayar sewa rumah,bil2,dan sikit barang dapur. Bila tengah bulan yang lain saya yang support. Saya macam tak tahan lagi la dengan suami, saya asyik makan hati hari2 dengan perangai dia kalau cerai anak2 pula kesian tak tau apa2 lagi saya tak mau anak2 saya membesar dalam keluarga yang pecah belah, tapi dalam masa yang sama saya terseksa zahir dan batin.




