Assalam. tolong hidekan profile saya. Saya baru lepas dicederakan oleh suami. sepanjang perkawinan saya banyak kali saya dicederakan. Laporan polis telah dibuat. Dia masih lagi cederakan saya sehingga beliau pernah menendang perut semasa usia kandungan saya 3 Bulan Dan mengugut untuk gugurkan kandungan. Setiap kali saya dicederakan saya selalu berkata lepaskan dengan cara yang baik. Tak semestinya berpisah itu kita perlu bermusuh Beliau taknak melepaskan saya kerana anak yang masih kecil.
Saya risau hak penjagaan anak jatuh ke Tangan beliau. Apa harus saya lakukan ? Saya takut hendak ke mahkamah . Dan yang pastinya saya terlalu penat bila banyak mengalah. Setiap kali buat silap tak bukan pasti dihentak kepala saya dengan benda keras. Dia berharta tapi sering beri alasan tak beri saya nafkah kerana saya bekerjaya. maaf ayat trrabuh. Mohon share siapa ada pengalaman tuntut fasakh? menaip dalam kesakitan




