Hai min. Aku datang bukan nak mengumpat tapi nak luahkan moga2 kisah ni jadi pengajaran pada semua orang terutama menantu perempuan.
Selalu kita baca mertua jahat mertua puaka mertua tak elok itu mertua tak elok ini jaranglah sangat dengar menantu yang tak baik kan. Aku menantu seseorang Alhamdulillah dulu hubungan keruh tapi lepas muhasabah diri aku betulkan mana yang tak elok harini aku adalah menantu kesayangan mertua. tapi kat sini aku bukan nak cerita kisah aku tapi kisah abang aku sendiri.
Abang aku kahwin dengan calon pilihan hati dengan restu keluarga mereka bernikah. majlis sambut menantu pun ayah aku buat lebih besar dari majlis perempuan dipendekkan cerita abang aku ni kerjanya offshore isteri bekerja di sebuah firma dan rumah ayah aku dan rumah ayah kakak ipar aku sangat dekat.1 taman je. cukuplah aku katakan kakak ipar hanya menjejakkan kaki ke rumah ayah aku ketika suaminya turun darat saja. jika suami 3 bulan di pelantar,3 bulan lah tak datang melainkan kami panggil balik untuk sesuatu majlis itu pun datang setengah jam saja. setiap minggu dia balik rumah ayah dia tapi nak jenguk ibu ayah aku jauh sekali.
Betul, ibu ayah aku sangat menjaga keharmonian keluarga. tak pernah merungut sekali pun pada abang aku tapi ada masa sikap kakak ipar aku ni menjengkelkan. ayah aku memang seorang yang suka mengambil berat anak menantu. Tapi kakak ipar aku tak suka. dia bersangka ayah ibu suka menyibuk. begitulah selalu.
Dalam facebook jika ada kisah mertua jahat selalu di share dengan caption dia merasai yang sama sedangkan ibu ayah aku tak lakukan apa-apa pun malah jika aku luahkan kekesalan dengan sikap kakak ipar yang suka mengadu domba di alam maya aku pula di salahkan ibu ayah supaya abaikan, buat tak tahu. kesiankan abang macam2 alasan ibu ayah aku bagi hingga aku rasa mereka unfair. tapi sebenarnya aku faham ibu ayah tak nak anak-anak bergaduh bercerai berai.
Aku tak kisah pun sebenarnya dia tak boleh terima ahli keluarga aku tapi jangan di canang-canangkan dalam media sosial seolah-olah kami yang salah sedangkan dalam group whatsapp kami active berbual seperti biasa tapi dia yang krik krik. Kami 1 taman bila dia tulis perkara negative mengenai mertua ramai kenalan yang baca. tak seronoklah orang bercerita di belakang kita. Aku cuma berharap suatu hari nanti kakak ipar aku sedar kesilapan dia dan berhenti dari memburukkan mertuanya.
Ibu ayah setiap hari mengingatkan aku jangan membalas. sebab itu aku ambil keputusan untuk unfollow saja dia supaya tak perlu baca posting mengutuk family mertuanya.
Kepada pembaca semua,ketahuilah tidak semua mertua itu jahat. kenalilah mertua anda. muhasabah diri supaya kita sama-sama perbetulkan diri masing-masing dan tidak menyalahkan sebelah pihak saja. jika mahu mengahwini seseorang berkahwinlah dengan keluarganya juga. tidak perlu terlalu berusaha masuk dalam keluarga cukuplah hormat ibu ayah dan jaga maruah kedua-dua keluarga. Terima kasih admin.