Salam, Ni aku pakai fb kawan aku, sebab social media aku wife aku handle semuanya. Aku nak mintak pedapat dekat semua. Ceritanya macam ni, aku ada ex. ex girlfriend aku yang aku dah lama tak contact. Putus cara baik. Masing2 dah ada life masing2. Dia ada life dia, bahagia dgn life dan dia aku pulak bahagia dgn life aku.
Ada satu hari ni, entah bila la wife aku follow facebook dia wife aku cemburu dengan hidup ex aku Lepastu yang wife aku ni, dia uploadnye yang bukan2, siap2 mention2 nama ex gf aku tu. Pada mulanya ex aku tak tahu la ape2, sebab diorang ni tak friend antara satu sama lain. Tiba2 abang aku terbaca ape yang wife aku upload yang bukan2 tu, caci maki semua ada, dia bgtau ex gf aku. Masalahnye bukan abang aku je yang tahu, satu family aku tahu. Logik akal la, ex aku menyirap la. Dia bengang. Aku pon bengang jugak tapi dia tu wife aku. Aku dah nasihat ape semua, dia tarik muka. Dia kata aku backup ex aku.
Adoh!! Aku bukannya nak backup. Masalahnye orang tu tak kacau hidup kita. Ape lagi la aku nak buat ni? Ex aku tu ade memahami jugak. Kadang2 mak aku suruh dia datang rumah, dia tak nak. Dia ckp dgn mak aku, tak manis bile orang nampak. Betul jugak tu. Sekarang ni, macam mana aku nak bukak minda wife aku? Ke aku kena azankan dekat telinga dia? Malu aihhhh orang nampak.. macam aku tak reti jaga bini pulak! Dah tu je kot. Bye




