Assalamualaikum.. Mohon admin hide profile saya ye. dan terima kasih andai post ini disiarkan.. Saya dan suami alhamdulillah tiada apa2 masalah rumahtangga, bukan tiada, ada tapi masing2 dah matang untuk selesaikan dgn baik dan anggap semua ni ujian untuk diri masing2..
Min, saya tak tahu nak mula dari mana.. Saya seorang suri rumah, suami kerja biasa2 je.. Saya pernah tgk slip gaji dia, gaji dia bersih rm1500++.. Tapi saya tak persoalkan, sbb setiap hari suami hulur duit rm20 hasil dari bisnes sampingan dia untuk beli lauk untuk masak hari2.. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lg dapur tak berasap, ada je rezeki untuk kami makan kalau nak dibandingkan dgn orang susah kat luar sana yang terpaksa mkn nasi dgn garam je..
Hari tu suami ada pinjam duit dari kawan, rm1600 sbb urgent nak hantar duit kat mak kat kampung.. Kami janji, kami akan bayar bulan ni.. Hasil dari kmi bertahan untuk tidak beli apa2 kemahuan kmi, tahan untuk tidak mkn sedap2, dapat la kumpul rm450.. Mak saya ada bg duit untuk beli barang, rm350, tapi duit tu saya dan suami dah pakai untuk bayar hutang tu.. Suami janji nak bayar balik duit tu bila gaji nnti.. Dan kalau diikuntukan, mmg kami boleh bayar balance hutang kwn (rm600) td tu dgn duit mak (rm350) bila dah dapat gaji.. Setiap hari saya tnya suami, tak gaji lg ke? Nak bayar hutang sbb orang dah minta2.. Boleh dikatakan seminggu akhir ni saya asayaik bertanya tentang gaji suami, dah dpt ke belum.. Dia cakap belum, tapi dah pertengahan bulan ni..
Tadi suami rehat, balik rumah nak makan, dia minta masak maggie, tapi kebetulan saya sakit kepala seebab alahan mengandung Saya betul2 tak dpt nak angkat badan. Saya tgk suami geledah2 dapur, dia makan bubur yang smlm ada kat atas meja makan. . Lepas tu dia terus minta izin keluar balik sbb waktu rehat dah habis.. Saya jenis yang tak sampai hati tgk suami macam tu, sbb bg saya tanggungjawab saya untuk jaga mkn pakai dia macam mana dia jaga kebajikan saya.. Saya gagahkan jugak bangun masak untuk dia, prepare then hantar mknan tu kat tmpt kerja dia.. Sampai je saya, tgk dia tengah bersih2 lantai tmpt solat untuk staff.. Saya buat senyuman yang paling manis sbb saya tahu, senyuman isteri salahsatu sumber kekuatan suami.. Dari jauh saya tgk mata suami macam ada simpan masalah, tapi saya tak tahu masalah apa..
Sekali lg saya persoalkan hal gaji dia sbb kwn td dah wasap tnya duit dia.. Kali ni agak keras sikit suara saya ke suami, saya cakap awk dah gaji kan, awk bg duit tu kat siapa.. Dia tak jwb, saya tnya lg sekali bg kat siapa duit.. Then baru dia jwb, tak bg siapa2, nak bg kat siapa, kita pun tengah nazak nak pakai duit.. Pandangan nya diturunkan, then dia cakap dah gaji 2 hari lepas, duit tu saya simpan dlm beg.. Saya sedar beg dah terbuka, duit tu dah takde.. Mungkin jatuh, mungkin diambil orang.. Dia tak nak tuduh siapa2, katanya dia yang cuai, Tuhan mgkn nak balas sesuatu yang buruk dia pernah buat.. Allahu, masa tu bergenang airmata saya.. Berdosanya rasa, setiap hari saya push dia tntang gaji, sedangkan dia tengah struggle fikir macam mana nak dapatkan duit tu.. Bukan senang kerja cari duit, mmg kita kerja untuk mengharapkan gaji, tiba2 dpt gaji, gaji tu lesap sekelip mata..
Demi Allah min, sampai skrg saya tak boleh pandang suami, saya luluh tgk dia.. Tapi dia masih boleh senyum macam biasa.. Mgkn betul kata orang, hati lelaki yang bergelar suami dan ayah ni kuat, masalah besar macam mana pun, dia masih boleh simpan supaya orang sekeliling tidak ikut rasa terbeban.. Untuk pengetahuan semua, saya bukan tak nak kerja bantu suami, tapi atas kehendak suami, dia nak saya kat rumah jaga kebajikan dia dan anak serta adik2 yang lain..
Saya pernah berniaga dari rumah, tapi berhenti sbb dpt tahu saya mengandung, saya sedar tahap kepenatan bila buat bisnes ni, kadang smpai tak tidur mlm.. Sbb tu saya decide untuk berhenti skejap demi anak dlm kandungan.. Saya mohon, doakan saya dan suami murah rezeki ya dan dipermudahkan urusan kami untuk bayar hutang kami.. Terima kasih admin




