Assalamualaikum min dan warga KRT. Cerita aku agak panjang sikit, ni pun dah cuba pendekkan. Macam ni ye kalau isteri dah tawar hati, jiwa terasa kosong. kau letak gula selori pun dalam hati dia tetap akan tawar sampai bila². Naluri seorang isteri ni 99% tepat sangkaannya..sejauh mana kau tipu, tetap akan terbongkar juga akhirnya, hati isteri dekat dengan hati suami, apa yang suami rahsia dalam hati isteri juga dpt merasainya. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi…
Aku dan suami bercinta dari zaman sekolah lg. Suami aku seorang suami yang baik, anak yang baik, taat pada mak ayah dia, suami yang rajin tolong aku uruskn kerja rumah dan uruskn ank². suami aku seorang yang penyayang, tak pernah naik tangan bila gaduh, suami yang bertanggungjwb, boleh dikatakan suami yang cukup sempurna di mata aku. usia perkahwinan 7 thn dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Aku seorang surirumah. kehidupan kami skluarga bahagia,walau hidup sederhana. kalo bergaduh pun hal kecil² (biasalah adat rumahtangga) hingga perkahwinan kmi diuji dengan kehadiran orang ke3. biarlah aku nmakn perempuan ni anim (bukan nama sebenar) yang juga isteri orang…
Suami aku kerja sebagai pemandu bos dan anim ni PA pd bos dia. jd kerja mereka kena saling berhubung antara 1 sama lain. aku duk pantau dari awal. pd mula ok ja, msj sekadar kerja. Lama² melarat smpai time tak kerja pun nk mesej bergurau senda. aku pernah gaduh teruk dengan suami aku pasal hal ni..(masa ni aku tengah mengandung ank ke3) aku cakap kt suami, aku tak suka dia mesra sgt dengan anim tu, lgpun anim ni isteri orang, jaga sikit batas pergaulan. suami aku cakap aku terlalu cemburu dan dia anggap anim ni kakak² sja sebab anim ni lebih tua 5thn dari suami aku.
Suami aku pnh bgitau yang anim nk jadikan dia sbg adik agkat. Aku tak setuju dari awal lg sebab masing² dah berumahtangga. Zaman angkat mengangkat ni zaman sekolah rendah boleh la. sekarang dah berkahwin.. respect sikit perasaan pasangan masing². dalam masa yang sama anim ni berkawan baik dengan aku. Tak sangka kalau tgok dari segi muka baik, pakaian tutup litup sopan ja tapi disebalik tu ada niat nk mghancurkan kebahagiaan aku dan ank² . (menyesal sgt pernah kenal dan berkawan dengan dia)
Suami aku selalu sibuk dengan tugas dia dan kdg² kena outstation tggal aku dan ank². Masa ni aku mgalami alahan mengandung yang sgt teruk smpai masuk hospital, jd suami aku hntr aku balik kg,katanya di kampung ada mak yang boleh tolong tengok²kn aku dan ank² sebab dia sibuk. makin lama hubungan aku dengan suami mkin jauh. Aku dpt rasakn suami aku mula berubah. dari mula aku mgndung, suami aku jarang nk teman aku checkup perut dan jumpa pakar (sebab kandungan bermasalah) apa yang aku teringin nk mkn smua usaha cari sndiri, suami aku? Sibuk kejar cinta isteri orang.
masa ni Allah selalu bg petunjuk kt aku melalui mimpi (mimpi muka anim dan suami aku tengah gelak²kan aku, permainkan aku) bila terjaga dari mimpi, aku mnta petunjuk Allah. kalau betul depa menganiaya aku, Allah akan tunjuk. bila aku cerita hal ni kt suami aku, dia cakap aku suka pikir bukan² dan dia setia dengan aku. setia hnya ungkapan di mulut,dihati? Ditakdirkn Allah,aku mghadiri sy mesyuarat di tempat kerja suami aku,selama jd isteri tak pernah lg aku join msyuarat macamni tapi gerak hati nk sgt pergi.
Masa ni suami aku cakap dia kena outstation bawak bos dia pergi KL 5 hari ,dia nk hntar aku dan ank² balik kg sebab aku tengah sarat dan tunggu masa ja utk bersalin, tapi aku tak mau balik kg. Allah nk tunjuk kt aku, di mesyuarat, bos yang suami aku cakap kena bwk pergi KL tu hadir juga, terus terasa tak sedap hati dan bertanya pd kerani di tempat kerja suami aku,betul ke suami aku tugas outstation di KL sebab bos dimaksudkn tu ada dan aku terkejut kerani tu bagitahu yang suami aku skrg tengah bercuti. dalam masa sama d mesyuarat tu aku tercari² anim sebab selalu msyuarat macamtu dia selalu join, bolehla aku berkawan dengan dia..tapi takda bayangan pun dan dpt tau anim juga tengah bercuti.
Macam² dgr cerita tak elok pasal suami aku dan anim berskandal, macam belangkas ke sana sini. Hati ini semakin kuat mgatakan suami aku memg ada hubungan dengan anim. sampainya hati diaorang mempermainkan aku, bila aku dpt tau suami tengah bercuti dengan anim di bandung Hancur berkecai kepercayaan aku selama ni,aku ingat pergi kerja niat cari rezeki utk aku dan ank² tapi sanggup menduakn aku di belakang. Sanggup suami tinggal aku yang tengah sarat mgndung dengan ank² yang masih kecil semata² nk berhoneymoon, berseronok dengan isteri orang. kebetulan tarikh diorang pergi indonesia tarikh aku kena jumpa pakar sebab kandungan aku uri berada dekat dengan pintu rahim dan risiko keguguran kehilangan nyawa tapi suami aku lebih pilih berseronok dari hal nyawa aku dan bayi dalam perut ni..
Anim ni yang urus sgalanya urusan bercuti diorang sebab dia agent travel ke ind0nesia.. Lepas kantoi diorang tak habiskn travel dan terus balik ke Malaysia..terus aku minta cerai sebab aku tak sanggup ditipu,suami aku minta maaf dan jnji takkn sakiti hati aku lg..suami aku tak mengaku ada hubungan dengan anim dan kata orang pejabat fitnah dia dan anim..dia anggap hubungan kakak dan adik (aku tak percaya)..sama la bila aku tnya si anim,dia pun bg jwapan yang sama..takda hubungan istimewa



