Salam admin hide ya fb ni aku guna fb sepupu aku. nak tanya pendapat la.. kalau kita curi duit suami salah ka.. maksudnya ambek senyap2 masa dia tido.
Sebabnya aku buat mcm tu bkn aku xada duit. aku keja gomen sama dengan suami. tapi aku isteri kedua. ada 2 orang anak. Selalu aku suka chek beg suami dan tengok bila dia balik kerja ada ja banyak duit kadang sampai seribu dlm beg… aku pelik la sbb aku pernah tgk beberapa kali dan aku perhatikan malam duit tu ada dan esok lepas dia balik dari rumah isteri pertama dia mesti akan cakap dia tak ada duit la sampai makan pun minta aku bayar..
Aku bengang la sebab malam tadi ada seribu pastu cakap tak ada duit…
Sejak aritu aku suka chek beg dia dan bila ada ja duit aku akan ambek 2 ka 3 ratus. aku shopping barang makeup aku. aku bukan apa mana adil dia asyik bagi isteri pertama duit banyak walaupun aku tahu isteri dia tu banyak benda nak kena byr la apa la. aku plak ada kerjaya so suami aku suh aku bayar semua sendiri..
Apa yg aku buat ni aku rasa puas. dia plak tak pernah tanya sampai arini pasal duit2 yg hilang tu.. Berdosa ka aku warga KRT… plzzzz bagi pendapat.. atau aku perlu terus terang dan halang dia dari bagi duit kepada isteri pertama tu.. ohhhhh lupa nk bagitau isteri pertama tu kalau ikut dulu isteri kedua juga sebab suami da cerai isteri pertama dia so yang kedua tu naik pangkat jadi no 1 so aku no 2 la.




