Assalamualaikum W.B.T pada semua, saya ingin mohon pendapat Tuan dan Puan. Saya baru menjadi seorang Ibu tiga bulan yang lalu. Saya seorang suri rumah tangga dan saya ada company tetapi home office. Kadang kadang, saya mengadu penat pada suami tetapi jawapan suami selalunya, “you tak kerja dengan orang, duduk rumah, apa yang you penat?”. saya tak mampu nak balas apa dia cakap so just simpan kesedihan tu dalam hati.
Dua harini saya perasan badan saya lemah, saya kurang tenaga, nak angkat baju untuk basuh tak larat, sidai baju pun kurang larat. kadang kadang saya dah batuk teruk, lemah; suami saya takde initiative hantar saya ke clinic. kalini saya demam selsema, saya goreng sedikit makanan dan sediakan air untuk suami saya lalu saya pun pergi klinik sendiri walaupun harini Ahad, dia ada di rumah main game. balik dari klinik, saya bagitahu saya tak sihat, tak larat nak buat kerja. dia marah saya. selama ni memang saya sediakan makan pakaian.
kalini saya memang betul betul lemah. saya terasa hati bila dia marah saat saya betul betul perlukan timbang rasa dia untuk bantu saya. apalah salahnya buat kerja rumah sama sama, sidai sama sama, lipat baju sama sama ketika saya sakit ni, tapi tidak, baran dia yang saya dapat. saya terasa hati, saya bawa bayi dan keluar rumah. Dia langsung tidak pandang kami. Tiada pujuk rayu atau sebarang contact daripada suami saya. Dia hanya forwardkan link video ‘hukum isteri keluar tanpa kebenaran suami’. Saya tahu hukumnya tetapi saya juga ada perasaan.
Suami saya langsung tiada usaha mencari anak nya yang masih kecil. Saya keluar untuk beberapa jam dan anak saya mulai kurang selesa. Fikirkan anak, saya balik ke rumah. Sampai ke rumah, dia masih main game. Apa yang harus saya buat supaya suami lebih memahami dan membantu? Terima kasih..




