assalamualaikum min. tolong siarkan kisah aku. aku minta pendapat ramai tentang permasaalahan aku. aku lelaki berumur 35 tahun dah berkahwin selama 12 tahun dan ada 4 orang anak Alhamdulilah. Berkahwin atas dasar cinta. Aku orang pntai timur dan Wife aku orang perak. Kami tidak setiap hari berjumpa memandangkan aku bekerja sebagai seorang buruh kasar di tempat lain manakala isteri aku bekerja di sektor kerajaan (kami berjumpa seminggu sekali atau 2 mingu sekali). Tapi setiap hari aku call bertanya khabar walau pun wife aku ni jenis tak ambil berat sangat pasal aku. Walau macam mana pun min, income aku tetap lebih dari dia. Income aku dalam 5 angka (o&g).
Ok, di pendekkan cerita. Gaji aku di control sepenuhnya oleh Wife aku. Dari 5 angka gaji aku, aku cuma boleh merasa 2k je min (setiap bulan dia akan cek bila gaji aku keluar & dia akan transfer 2k untuk aku pakai kat acc lain). Manakala balance yang lain2 semua dia uruskan (bayar kereta, rumah, anak2 & sebagainya). Untuk pengetahuan, aku tak pernah pun tanya dia apa yang dia buat dengan balance gaji aku tu. Tapi ada jugak aku nampak dia pakai gelang baru. And sebagai lelaki aku pun tak pernah tanya apa dia buat dengan gaji dia min. Yang aku tahu, semua hutang2 yang ada tiap bulan dia lah yang bayar (pakai duit gaji aku).
Dia nak sangat control duit aku min sedangkan aku penat bekerja siang malam. Duit hilang kat akaun 50 hingget pun tanya apa yang aku buat dengan 50 tu. Sampai aku terfikir yang aku ni ibarat kuli aje dalam rumahtangga kami. Dia ibarat ketua keluarga yang uruskan segalanya. Sebelum ni pernah berbicang tapi tak ada jalan penyelesaian sebab wife aku jenis tak nak dengar pendapat aku. Kalau A kata dia, A lah min. Tak boleh tukar B dah!. Aku bersabar jadi suami yang telan segalanya walau pun pahit sebab aku tak nak bermasam muka.
Dahlah kami tak selalu jumpa.
Kalau sekali sekala aku balik pulak dapur sentiasa bersepah. Pinggan mangkuk kadang seminggu tak basuh. Kain baju gitu jugak. Anak2 pun nasib baik ada adik2 aku yang dia orang boleh tengok2kan (rumah aku berdekatan dengan bapak aku). Banyak lagi, tapi biarlah aku telan. Dia suka control duit gaji aku dan bukan nak cakap wife aku tu pemalas langsung dia rajin masak min tapi bab kebersihan langsung tak amik kira. Anak2 pon di jaga asal boleh je. Bila time aku ada, walau pun penat aku tetap tolong wife aku. Bersihkan dapur, kemas rumah, basuh baju sidai baju tu memang kerja aku (kalau aku ada kat rumah), ajar anak2 buat kerja sekolah. Kadang aku terpikir, apa yang wife aku buat bila selalu aku takde. Utamanya dekat sini, pada aku lah, aku takde bagi kurang apa pun dekat dia. Dari segi zahir & batin semua cukup. Makan, pakai semua cukup.
Tapi kadang2 bila pikir selama 12 tahun aku sabar and aku dah pernah slow talk pasal benda2 ni tetap takde jalan penyelesaian min, malah dia pulak sibuk cari salah aku. Aku cuba redha untuk segalanya min tapi aku manusia biasa yang kdg2 iman aku koyak jugak!. Aku tak merok*k, tak kaki club, tak kaki perempuan. Aku cuba jadi suami dan ayah yang terbaik. Tapi aku tak rasa wife aku hargai aku sebagai seorang suami. Aku selalu terfikir sampai bila nak jauh dari keluarga and hidup sendiri macam orang bujang di tempat lain.
Aku cuba untuk rancangkan sesuatu pasal kewangan aku tapi masalh bila wife aku tak bagi sentuh langsung bab perbelanjaan walau pun tu sebenarnya dari titik peluh aku. 100k sekarang tak kan sama nilainya dengan 100k 5 tahun akan datang min. Tapi jalan buntu yang aku dapat bila berbincang dengan dia. Bila cakap pasal benda ni selalu berakhir dengan masam muka and macam biasa kesalahan di letakkan kat bahu aku. Aku lelaki biasa min. Yang ada hati & perasaan jugak. Dia selalu buat aku kecewa dan aku pendam walau pon pada
zahirnya aku tersenyum. Duhai isteri, ketahuilah hati suami mu ini yang kurang disenangi oleh cara mu yang banyak membuatkn abang menangis dalam diam. Runtuhkan sedikit ego mu agar keluarga kita dapat bertahan hingga ke akhir hayat.




