Hide profile aku tq. Aku geram sangat,suami ni kan kenapa eh mcm tak suka je kalau balik rumah mak isteri?Makan cukup, bilik ada.Kalau ajak pi mana mana mulut tu membebel, dah la siap sumpah seranah.Padahal naik grab bukan dia kena keluarkan duit pun.
Time balik rumah mak dia, aku jadi mayat hidup dekat situ dia tak kisah pun. Aku nak pi mana mana tak boleh,alasan dia nanti habis duit dia. Bilik takde,makan kena catu,nak buat apa apa tak boleh. Main fon dilabel pemalas.
Ingat lagi time berbuka dia cakap dekat mak dia Tu la kerja main fon je tak tolong dah orang tua Hakikatnya aku pi dapur tanya nak tolong buat apa,mak dia cakap takde ape ape.Dahtu? Siap mengadu dekat mak yang aku ni kurang ajar suka cakap kasar dan suka menjawab.Macam mana aku tak menjawab?Bila aku merungut dikatanya aku tak bersyukur.Aku nak kerja memang dia tak bagi,aku bukan malaikat ada kuasa nak tahan nak beli apa apa.Sampaikan plain water pun mengungkit alasan dia dekat rumah boleh minum.
Aku bf anak,bf anak cepat lapar.Cepat dahaga,bila aku bgtahu dia.Dia cakap semua tu alasan,bulan2 aku minta 150 utk anak.Apa yang aku nak makan,nak beli semua aku tolak.Aku buat bisnes online duit tu pun dia tak bagi guna nanti banyak duit nak makan apa baru beli. Bila aku merajuk perkatan syait*n dan binatang tu dah selalu sangat keluar.
Dengan aku beraku kau. Dengan perempuan lain suara dia selembut baldu dan paling best dia tak kisah keluarkan duit dekat betine lain. Aku dah cerita dekat mak dia. Tapi mak dia beria bekap anak dia, dan salahnya TETAP AKU!




