Assalam min.. Hidekan fb aku min. Aku guna fb adik aku. Aku nak cerita tntg bini aku .. Bini aku suri rumah.. Belajar tak tinggi mcm kakak2 dan adik dia..habis belajar terus kerja untuk bantu mak dia..mak dia ibu tunggal. Ayah pula kaki pukul mak dia. Alhamdulillah cerai dah masa bini aku 8 tahun. . bini aku 5 beradik.. Dia anak ketiga.. Atas dia ada dua perempuan. Bawah dia kembar sorang perempuan sorang lelaki.. Tahun ni dia 24 tahun.. Yang kembar tu tahun ni spm. Kakak2 dia pula umur 25 dan 27. Aku nk cerita layanan mak mertua aku terhadap bini aku min.. Pada aku, bini aku ni baik sangat kalau dibandingkan dengan kakak2 dia. Kakak sulung mmg bencikan dia.. Kakak yang no 2 pun sama..sampaikan mereka larang adik aku berkahwin, semata2 tak mahu bini aku stop bagi perbelanjaan bulanan pada mereka..
Lpas kawin ni tiap2 minggu bini aku call mak dia untuk tanya khabar, walaupun mak dia malas nak layan dia..kadang2 aku sedih tengok layanan mak dia pada dia..mula2 aku tak nampak yang dia seolah2 disisihkan oleh mak sendiri. Tapi aku terjumpa diari2 dia min.. Sedih aku baca..semua dia luahkan kat dalam tu. Aku paling terkesan bila baca yang mak dia bencikan dia sebab muka dia sebiji macam ayah dia min.. Padahal bini aku rajin..dari umur 13 tahun, lepas balik sekolah bini aku akn kerja di warung hujung kampung cuci pinggan smpai malam.gaji semua bagi mak dia.. Aku tahu semua dari diari2 dia. dan kalau aku lepak di gerai2 kampung, semua pakcik dan makcik disitu kenal isteri aku sebagai seorang yang rajin..
Kakak dia sambung belajar pun dia yang kerja siang malam untuk bagi kakak dia belanja min.. Dia buat dua kerja juga sbelum kahwin dngan aku..pagi dia kerja kerani, jam 6 dia kerja kedai makan.. Gaji kerani tu semua dia bg mak dia min.. Adik2 kembar dia pun dia yang bg belanja sekolah.. Rapat adik2 dia tu dengan dia.. Sekarang aku tak bagi dia kerja.. Dia tak senang duduk fikirkan keluarga dia.. Sedangkan mereka tak fikirkan dia..haritu kami baru seminggu menikah, mak dia dah mesej bini aku suruh keluarkan semua brg2 dalam bilik sebab mak dia nak jadikan bilik bini aku tu sebagai stor. Bini aku beritahu aku supaya hantar dia kat kampung agar dia dpt keluarkan semua barang2 dia..
Aku baca mesej tu min.. Bini aku jawab, knapa nk buat stor.. Mak takda tempat nak letak barang kah. Barang apa yang mak nak letak.. Nnti kalau sarah nak balik rumah mak, sarah nk tidur kt mana.. Mak dia reply yang mak dia nak letak pinggan mangkuk n mak dia rimas kalau pinggan mangkuk tu semua bercampur dengan barang2 bini aku. Mak dia siap pesan kalau tak mahu tidur di ruang tamu, pergi check in hotel kat pekan. Aku yang jadi sedih baca min.. Bini aku tak mengadu apa2 pada aku.. Tapi aku nampak raut sedih pada wajah dia..aku dengan bini aku sndri kemas n bawak keluar brg2 bini aku.. Bilik bini aku paling kecil dlm rumah tu min.. Kedudukan pula mcm terasing. Bilik paling belakang, bersebelahan tandas.
Besar cuma muat letak katil single dan satu almari.. Bilik bini aku tu tak layak dipanggil bilik.. Mmg layak dibuat stor..aku jadi sedih bila tengok gambar2 yang bini aku lekat pada dinding..ada beberapa gambar mereka satu keluarga tanpa dia,dan dia lekatkan gambar dia pada ruang yang ada pada gambar tersebut.. Biar kelihatan seperti lengkap 1 keluarga..bini aku kata, setiap kali raya dia akan bekerja.. Sebab tu tiada langsung gambar dia bersama keluarga.. ksian sangat bini aku. Tak dapat aku bayangkan keadaan dia hari2 duduk dalam rumah tu.. Bini aku sekarang mengandung 4 bulan min dia mengidam laksa yang mak dia buat jadi aku ambil cuti bawa bini aku balik kampung min..
Kebetulan kakak2 dia pun ada kat rumah. Depan aku, dorang layan bini aku baik min.. Tp di belakang mmg lain layanan mereka. Bini aku lepas salam dngan adik beradik dia, terus masuk dapur tolong mak dia buat kerja. Aku ekori dari belakang. Aku dengar dia cakap dengan mak dia yang dia rindu dan teringin nak makan laksa buatan mak dia.. Kau tau apa mak dia jwb min? Mak dia kata mak dia sibuk. Ikan skarang mahal dan sekarang kena jimat2 sebab bini aku dh tak bg duit tiap2 bulan sampai dorang tak boleh makan sedap2. Kmudian bini aku beritahu mak dia yang semua bahan2 dh siap beli.. Mak dia kata tengok la nanti kalau rajin mak dia buat. Aku tengok air muka bini aku dh lain min.. Aku terus pergi ke ruang tamu. Kat situ kakak no 2 dia tengah tonton tv.
Rancangan masak. Menu sotong sumbat kot kalau tak silap. Kakak dia ni jerit kat mak dia.. makk, ani teringin la sotong besar2 mcm dlm tv ni. Sini la mak tengok. Yang si mak ni gigih la dtg ke ruang tamu smbil cakap esok kita g market beli sotong mcm ni. Aku terus terbayang muka bini aku kat dapur yang tengah kempunan laksa tu min.. Ikan dikata mahal, tapi sotong besar2 tu takpayah fikir panjang pun, terus dia on untuk anak yang sorang tu. Sbelum balik bini aku bg belanja kat mak aku.. Dengan kakak2 dia sekali dia bgi belanja untuk kelas..aku yakin belanja tu semua hasil dari duit yang aku bagi dia tiap2 bulan2.. Yang sedihnya, satu perkataan terimakasih pun aku tak dengar min.. Penyudahnya, balik rumah tanpa dapat jamah pun laksa mak dia.. Sebab mak dia malas buat..tapi bini aku msih boleh senyum.. Dia tak merengek dah kat aku yang dia nak laksa.. Tapi aku tahu, dia mengidam sangat..
minggu depan aku nak bawa dia ke rumah mak aku. Mak aku sudi masakkan dia laksa.. Semalam mak dia mesej dia, beritahu yang kakak sulung dia nak kahwin. Mak dia minta bini aku 7k untuk majlis. Bini aku serba salah minta pada aku. Katanya dia akan kerja untuk bayar balik pada aku, kalau aku tolong pinjamkan duit pada mak dia..aku mampu min..tapi aku jadi sedih fikirkan nasib bini aku. Aku jd kesian sangat dengan dia.. Doakan bini aku kuat.. Doakan aku dpt bagi kasih sayang yang bini aku tak pernah dpt dari mak dia.. Doa kan mak mertua aku layan bini aku sama rata mcm dia layan anak2 yang lain, dan doakan bini aku murah rezeki dan bahagia dengan aku. Tq min




