hi salam. saya sorg suami yang dah bernikah 11 tahun. Saya 34 tahun ,isteri 39 tahun. biasala dalam perkahwinan ada ups dan down. Saya akui saya pernah sakiti isteri 2 kali, pertama tahun 2012 saya lari dengan skandal 8 bulan tak balik isteri sabar tunggu dan akhirnya kami rujuk semula demi anak. namun begitu tahun 2014 kami bertengkar, dan hidup berjauhan, dan saya ambil kesempatan bernikah sorang lg di siam. bini dapat tau dan fail cerai. tapi bini yang saya nikah di siam ni tak mo bermadu, gaduh dan akhirnya bercerai.
skang saya kembali semula dengan bini pertama. cuma akhir2 ini, saya dapat tau bini ada berskandal dengan bekas pelajarnya.. bini umur 39, skandal umur 20 thn siap cek in hotel, karoke etc. saya tanya bini, bini kata suka2 ja. rakan2 nasihat ceraikan bini tp saya tak cukup kuat nak ceraikan bini sb terkenangkan perbuatan saya mencuranginya dulu. saya jd depression sgt, saya sayang sangat bini, mcm tak bole terima perbuatannya.. bini juga sejak akhir ini makin melawa, jaga body gi gym, zumba ..



