Assalam min. entahlah macam mana aku nak mulakan. salah cerita kang orang kecam aku ni yang kolot. korang kadang nak tak ada privasi bermanja suami isteri sambil buat keja rumah. sambil tengok tv.sambil makan. aku tak kisah mil aku nak gurau manja ngn suami atau apa pun. ini masa aku dengn suami hanya bila nak tido je. Kadang tengah kita oraang tengah luangkan masa sesama berbual dalam bilik tetiba dia akan panggil suami ke bilik dia dan dia orang berbual apa pun aku tak tau kadang tu gelak ketawa tanpa pedulikan aku.
Akulah menantu yang mil sruh basuh beras 5/6 kali, akulah menantu yang mil kata aku siang dan cuci ikan, ayam tak bersih bagi dia, akulah menantu yang periuk belanga bagai ada pantang larang nak guna serba serbi benda dapur, betapa aku tekanan aku tengan kemas baju dalam bilik dia panggil sruh buat itu ini. aku tahu suami aku faham, dapat nampak apa yang riak muka aku tak dapat sorokkan. aku cuba bermanja dengan suami. bila baru aku nak rebahkan kepala dibahu dan paha suami, mil keluar dari bilik dia dengan bertongkat dengan alasan nak melepak sesama, mood aku terus hilang, aku kehulu hilir buat2 banyak keje mil aku perhati setiap apa yang aku buat.
Dia tanya aku pinggan dah basuh ke? pintu dah kunci? penyapu ko bawak masuk dalam rumah tak? tingkap tu tutup rapat, sebelum tido tolong pusing pen insulin! Lampu jangan buka banyak membazir! macam2, aku masak sayur layu la tak sedap la. aku masak itu dia salut perut la apa la. ikan tak makan. ayam tak boleh makan gatal katanya, aku beli daging buat sambal dia kata bau lembu!
Aku beli ikan kembung sekilo untuk aku n suami, aku g keje balik tgok dia buat sambal ikan kembung goreng sepuluh ekor. sedangkan kami bertiga dalam rumah. aku bukan berkira. ya dia masak waktu tengah hari balik petang tu aku ngn suami malam baru makan nasik sorang sekor ikan. Suami cakap esok tak payah masak sambal tu banyak lagi. keesokannya aku balik keje ngn suami ikan sambal tu dia gorang semula sampai hangus dengan alasan nak bagi kat anjing belakang rumah!..




