assalam ini kisah kawan aku tolong publish. dia malu nak sent sendiri. Assalam.. Aku tak lah pndai mengarang cuma boleh share kisah hidup yang penuh dgn wrna hitam. Aku seorg perempuan yang macam laki tp bukan penkid aku cuma tomboi yang kebanyakkan kawan aku adalah lelaki. Bermula dari tingkatan 3 aku sudah mula merokok bersama kawan2 lelaki ku.. Aku seorang anak tunggal dan anak angkat dalam sebuah family.. Ibu bapa ku jenis yang mengongkong hidup aku dan suka membandingkan aku dgn org lain disebabkan aku sprti lelaki.. Ibu bapa ku tidak mengetahui tabiat merokok ku sehingga tamat sekolah aku dapat result yang baik dan terus dimasukkan dalam university dalam bidang perubatan.. Sungguhpun begitu tabiat merokok aku tidak pernah aku tinggalkan.
Semasa proses aku menjadi siswi aku mendapat kawan perempuan yang kebanyakkan adalah penkid (bercinta sejenis)..dan aku belajar memasuki kelab malam disebabkan aku duduk asrama jadi tabiat burukku tidak dapat dikesan.. Disana aku mendapat ramai kawan yang mengajakku ke arah tidak baik.. Kelas aku kerap ponteng disebabkan balik asrama awal pagi.. Disana aku mendapat kebebasan namun aku belum menyentuh air arak..
Pertengahan pembelajaran aku berkenalan dengan seorg penkid juga yang mengambil dadah sehingga aku terjebak dgn najis dadah sewaktu umurku 19tahun.. Dadah jenis shabu atau ais.. Ketagihan aku agak teruk sehingga aku mencuri duit bapa ku tanpa pengetahuan dia.. Tamat pembelajaran aku mendapat result agak baik namun aku tidak meneruskan pembelajaran sebaliknya aku mencari kerja untuk membeli dadah sendiri.. Ketika aku berumur 22 tahun aku nekad berpindah ke pulau disebabkan aku ingin berubah.. Tidak ku sangka aku mendapat kawan yang menjurus aku kearah yang sama dan bertambah senang untuk mendapat barang..
Aku mula menghisap ganja dan mula minum ketum.. Sewaktu itu aku terlampau seronok sehingga aku lupa Allah akan beri hidayah pada bila2 masa..
Disana lagi banyak tempat perjudian dan kelab malam dan aku terjerumus ke tempat perjudian..duit gaji aku habis berjudi dan dadah.. Namun suatu hari aku sedang asyik menghisap ganja aku dirogol oleh salah seorg kawan ku.. Sewaktu itu aku tidak sedar dan aku merelakan sahaja apa yang dy lakukan..
Selepas kejadian itu aku jd ketagihan dan aku akn beri tubuh badan ku utk mendapatkan barang..
Perkara itu berlarutan sehingga umurku 23 tahun dan aku dilamar oleh adik angkatku sendiri yang muda setahun dariku. Aku menerimanya kerana dia ingin bentuk untuk aku berubah.. Selepas pertunangan dia menggodaku untuk melakukan hubungan haram dan aku sekali lg menyerahkan tubuh badan ku..ketika ini aku tidak lg mengambil dadah hanya rokok aku tak mampu berhenti.. Namun hubungan kami x kekal lama apabila aku terjumpa dia dgn perempuan lain berpelukan diketika itu aku memutuskan tali pertunangan dan sekali lg aku mengambil dadah disebabkan aku terlampau kecewa..
Badanku kurus makan langsung tidak hidupku hanya rokok dan dadah ketika itu bersama lelaki yang inginkan badanku..
Sewaku penghujung umurku 24 tahun aku berkenalan dengan seorg lelaki.. Pada mulanya kami hanya berkawan.. Dia seorang kaki club dan mabuk dan dia berterus terang yang terlalu bnyak perempuan yang dia tiduri.. Kami mula rapat dan dia menunjukkan tanda ingin bersama denganku.. Dia langsung tidak menyentuhku walaupun sering datang kerumah ku.. Usia perkenalan kmi 4 bulan lalu dia melamarku pada umurku 25..
Kami bertunang selama 3 bulan alhamdulillah terus diijabkabul dan aku sah menjadi isterinyaa.. Sebelum kami menikah kami enjoy cara kami tersendiri dan berjanji untuk tidak lagi mengamalkn cara hidup yang lalu.. Selepas berkahwin aku tidak mampu lagi untuk meninggalkan rokok dan air ketum..
Namun suamiku langsung meningglkan benda terlarang dari hidupnya.. Dia tidak mendesakku namun dia berikan aku waktu utk berhenti.. Selepas 6 bulan kahwin aku disahkan mengandung alhamdulillah selama mengandung aku alah dan aku dapat meningglkan tabiat burukku.. Alhamdulillah berkat doa dari suami dan ibu bapaku sendiri.. Kini aku menjadi seorang ibu dan bekerja disektor swasta dalam bidang perbuatan.. Alhamdulillah segala tabiat burukku sudah ku tinggalkan..namun aku diuji.. Aku mendapat tahu ayahku menjalinkan hubungan bersama seorg janda.. Dan benda ni berlaku selama 8 tahun..
Dan baru2 ini setelah digertak ayahku mengaku pernah tiduri janda itu.. Allahu aku tidak mampu berkata apa2 disebabkan ayahku seorang yang alim solat 5 waktu sehingga yang sunat juga dikerjakan mak hanya mampu mengalirkan air mata.. Aku terpaksa duduk dirumah mak untuk menjadi kekuatan utk mak… Aku pernah memaki hamun janda tersebut namun dia buat seolah2 dia tak bersalah ayahku yang bersalah.. Dia gertak ayahku supaya bersama dengan dia.. Jika tak dia akan saman terhadap ayahku atas tuduhan merog0l dan saman malu keatasku.. Mak?? Hanya mampu berdiam diri.. Sebelum ini mak seorang yang suka mencari kesalahan org lain dan suka sangat bergosip..aku sendiri x tahu apa yang patut aku lakukan sedangkan aku hanya anak angkat dlm keluarga ini.. Memang kurasakan dugaan ini kuat utk aku dan keluarga aku.. Apa yang harus aku lakukan??




