Assalamualaikum warga krt. Kalau ada yang masih ingat kisah saya dulu. janda anak 2 dan dah kawin baru dengan bujang muda 2 tahun tu. Tapi dia suka wat anak lelaki (10 tahun) saya macam kekawan dia termasuk tumbuk dan sepak anak saya 2. usia kawin dah 4 tahun. 4 tahun jugak dia akan buat anak saya macam sebaya dia. selama itu jugak saya pertahanakan anak saya dan bertekak dengan suami. saya pernah baca komen balas dari warga krt pasal luahan saya sebelum ni…
5 hari lepas suami tumbuk anak saya kat kening hanya kerana anak saya tidur lepastu tertolak kaki abi dia je Itu jadi isu pelik kan anak saa tak sengaja tapi kene tumbuk. Tapi kalau abi dia tak sengaja. Abi dia cuma cakap sorry je. macam biasa saya bertekak dan suami. sehari lepas2 anak mengadu sakit kepala dan muntah2 saya bawa pergi klinik dan bagi tau hal sebenar doc marah saya suruh wat report polis saya tengok muka anak nangis saya. balik dari klinik.saya terus g umh mertua mgadu..tp apa saya dapat? “sabarlah. suami ada masalah kot”.
bila saya kata minta suami lepaskan saya. mertua kata nati suami nak dan anak yang kecik. anak saya dan suami sekarang. saya nekad pergi kauseling pejabat agama. Ustazah pun sokong saya buka kes cerai. saya terus pergi mahkamah amik borang. isnin saya anta dan daftar kes cerai dan nafkah anak. Sebab pertama saya nak cerai sebab dera anak. sebab kedua dia sambil lewa bab keja. asyik m.c je. 2 bulan tak keja saya yang cari duit. kami asnaf zakat. jadi suami jadi wat sambil lewa keja. sebab ketiga, sejak dia dera anak. hati saya tawar sangat. rasa macam dia nie orang asing je.
Dari saya wat dosa tak layan dia. baik dengan cara nie saje jalannya dia jadi matang dan btanggungjawab kat anak dia dari segi nafkah anak. In shaa allah.
Masalah skrg surat perintah kes cerai n nafkah nie saya tak bagi tau suami lagi. tarikh bicara 3/4 nie. Saya tak tau nak bagi tau macam mane lagi pun family dia bukan suka saya. Adik da kak ipar lagi suka kami berpisah sebab dia kata kami menyusahkan sebab abang dia kawin janda anak 2. banyak meyusahkan mak ayah katanya..




