salam admin. mohon siarkan confess saya. minta hide sekali fb saya ye, walaupun ni fake akaun. saya tak tahu nak luah pada siapa selain drpd Allah. mohon otai2 disini jgn kecam saya yer, sebab saya tak kuat. saya dengan suami dh kahwin 3 tahun lebih. kami duduk dkt rumah mertua je, sbb masih belum mampu nak duduk sndri. suami gaji cuma RM1000 je sebulan. alhamdulillah. lagi pun, mak mertua saya tak berapa sihat. kaki tak berapa kuat nak diri lama2. nak bangun perlukan bantuan. nak masak pun tak boleh diri lama2. sekejap sekejap nak jatuh. sbb tu kami tunda dulu niat nak ada rmh sndiri, walaupun dlm hati ni, teringin sgt nak duduk rmh sndiri. deco rmh. hias rmh.
Suami saya anak first drpd 3 beradik, yang kedua kerja dkt pengerang, Johor yang ketiga kerja sbgi supervisor dkt MCD, semua lelaki and semua dh berumahtangga. yang duduk dengan mertua cuma saya and suami jer, yang lain jd perantau. 2 tahun lepas, MIL suruh saya bekerja utak bantu suami, mula2 berat hati jgk sbb anak masa tu tengah kecik lgi, dlm 7 bulan, tpi memikirkan tentang kewangan, saya try cari kerja, alhamdulillah dpt. tpi lepastu saya jdi stress sngt . suami jdi berkira sngt. bill air bill api, brng dapur, pampers anak susu anak, susah naw nak beli. bila kita suruh, kita bebel baru nak beli, tu pun beli sikit, utak 2 3 hari, lepastu tak beli dah. terpaksa lah saya ni yang keluarkan duit. bila kita ckp, “half half” katanya. tpi, sebenarnya saya yang lebih bnyk keluarkan duit. saya tak nak berkira, kalau boleh mmg nak ikhlas, tpi gaji bukan besar. RM900 lepas tolak epf socso. nak bayar pengasuh RM300, nak bgi mak saya, nak belanja barang dapur, susu anak, pampers anak, last last, saya nak saving RM50 sebulan pun kena sampai ikat perut 2 3 hari. pening mikir.
saya pernah suarakan pasal nafkah saya, tpi balik balik ayat yang sama, dia nak saya fhm, gaji dia bukan besar. klau begitu, gaji saya pn tak besar. knp mahu letak beban atas saya sorng. sudah la bab duit sngt berkira, bab jaga anak berkira sngt. saya masuk pukul 7 pagi, balik 7 malam tapi suami snggup tunggu saya balik untuk suruh saya basuh berak anak alasannya tak perasan entah apa deria bau dah rosak ke? saya mls nak bising2, kalau ckp sekali dua masih tak jln, saya sendiri yang akan buat. yela, saya hnya menumpang di rmh mertua, kalau smpai nak mrh2 suami, saya naik segan dengan mertua, jdi kesedihan saya, sendiri bdn yang tanggung.
penat sgt penat. balik kerja basuh baju, lipat baju, sapu rmh, masak utak makan mlm, gosok bju suami, pukul 4 pagi dh kena bangun, masak utak siang. pukl 6:30 pgi gerak pergi kerja. penat bdn ni tak pernah rehat. tiap mlm menangis fikirkan nasib. Baru2 ni birthday biras saya MIL mintak suami buat suprise utak biras saya jadi macam2 suami beli makanan itu makanan ini bila saya suarakan pd suami dia melenting katanya bukan selalu penuhi permintaan mak. katanya bukan mahal sgt hadiah dan semua persiapan birthday tuu, tpi kantoi ada payslip husband beli beg brand carlorino RM499. saya tak nak terus tuduh melulu, saya tanya mertua saya, guna duit siapa semua ni, mertua ckp duit suami saya. nak nangis time tu, dh tak de air mata dh. sebelumni saya mntak share share dlm belanja rmh, bnyk alasan, katanya duit tak cukup, tpi ni bnyk plk duit beli beg utak ipar sendiri. utak isteri? beg pasar mlm pun tak pernah beli. saya tak mintak handbeg atau beg plastik sekalipun, saya cuma nak suami tu jgn culas bab tanggungjawab, bab jaga hati isteri.
Segala yang saya buat skrng ni rasa macam dh tak ikhlas. rasa macam dh mls nak buat. siang mlm fikir benda yang sama smpai rasa sakit kepala. minta nasihat kwn pun, balik2 suruh sabar. sampai bila? mertua pun tak berapa rapat dengan saya, kalau ada biras biras, dok menyindir saya. biras kerja bagus2. saya kerja biasa2 je. kalau makan tak pernah setable, diaorang siap makan, baru saya makan, tak pernah perlawa pun untuk makan sama2, walhal saya yang masak. yes, saya outsider, bukan siapa2. tpi hal mertua ni saya tak heran sngt. biar pi la dia nak buat saya apa pun. kalau suami sendiri yang berjanji sehidup sematti pun, tak pernah fikir hati perasaan saya, apa lg orang lain kan? nak mengadu ke family sendiri pun segan, diaorang semua dpt lelaki yang bertanggungjawab.
tak tahu dah nak buat macam mana lgi. kepala ni kalau fikir pasal ni, pening sgt, HB pun low dh, tak pernah2 hb saya low macam ni. hati pun dh tak de dh pada suami. kalau balik terserempak dengan dia, rasa macam nak belasah je guna penyapu, tpi dlm imaginasi je lah. kami pun dingin sgt sekarang. sepatah ditanya, sepatah la jwb. makan pun dah tak sama sama setable, dia akan makan dengan mk dia, saya plk makan dengan anak. tidur pun dh tak sekatil, 3 4 bln jgk rasanya. bila main pubg, main mobile legend lelama dia sendiri tertidur dkt ruang tamu. kalau dulu saya akan kejut suruh tidur bilik, skrng dah tak lgi. lantak laa dia nak tidur mana, badan saya pun penat, tak kuasa dah nak fikir hal orang.
Belanja rmh pun macam tu, saya dh tak mintak lgi dh, dh tak pakse2 lgi dh, saya akan beli sendiri, kalau pakse pun bukan bgi pun, buat sakit hati je. pergi beli sendiri dengan motor, bawa pampers bawa susu, bawa bawang, bawa ayam, dulu rasa malu dengan orang, rasa macam orang yang kat jln tu dok ejek2 saya, skrng lantak laaa nak ejek ke apa. susah kita bukan orang nak tolong. konaklusinya, duit tak boleh buat bahagia, tapi tanpa duit tak bahagia jgk. duit bukan segalanya, tapi segala galanya perlukan duit. sorry la panjang lebar plk karangan. cuma satu saya nak minta pandangan otai2 kat sini, bukti apa yang saya perlu simpan kalau saya nak mohon cerai secara hakam? dan berapa kos yang diperlukan? terima kasih.




