Assalamualaikum admin.. maaf saya tak tahu Sama Ada kisah saya ni available untuk dipost Atau tidak. Tapi saya betul2 dh taktau nk fikir macam mana ni selesaikan masalah ni. Harap ada Yang sudi memberi pendapat pada saya? Saya ada suami dan seorang anak yang baru berusia nak masuk 10 bulan. Saya dengan suami sering bergaduh disebabkan hal2 yang kecik. Suami pernah menyatakan Yang dia stay dengan saya hanya Kerana anak. Luluh hati saya mendengar. Saya tak salahkan dia sebab mungkin dia sudah Letih dengan masalah yang dihadapi. Masa Awal perkahwinan pun sudah ada masalah iaitu Masalah keluarga. Dia tidak boleh nak terima keluarga saya . Dia tak izinkn saya untuk pulang jumpa ibu dan adik beradik saya. Sebagai manusia, siapa yang tidak sedih Bila dalam situasi macam ni. Bila saya menangis Dia Kata saya Anak manja Yang tak boleh ditegur. Penat bertengkar akhirnya saya diam. saya telan kata2 dia dan keluarga dia..
Waktu saya bersalin dipaksanya saya duduk dengan ibunya dalam pantang. Ibu saya terlalu makan hati dengan apa yang terjdi. Tapi saya terpksa akur kerana dia seoramg suami. Dalam pantang ibu saya selalu bertanya khabar tapi selalu dihalang oleh suami. Suami kata saya terlalu manja dan buat dia naik meluat . Hari2 saya menangis dalam pantang. Suami sampai sanggup menyruh saya pilih dia atau ibu saya Allah. Dengan keadaan dalam berpantang. Alhamdulillah Allah bagi saya kekuatan untuk tempuh semua ni. Saya diamkan diri lama dari ibu saya. Saya cuba beritahu padanya perlahan-lahan dan dia faham. Saya tahu jauh dalam hatinya dia sedih tapi dia berpesan Syurga terletak pada keredhaan suami. Saya tak mampu nak luahkn pada sesiapa pun..
Satu hari saya terdengr perbualan suami dan ibunya. Rupa2nya selama ni apa yang jadi adalah agenda dari ibunya sendiri. Sejak dari hari tu saya mula nampak belang ibu mertua. Dihadapan suami layanannya pada saya sungguh baik. Tapi tidak dibelakang suami. Satu hari saya beritahu pada suami saya nak pulang ke rumah sewa kami tapi tiba2 suami cakap kita tak kan balik lagi kat sana. Kita akan terus tinggal dengan mama.Tanpa bincang apa2, suami telah buat keputusan.Bergaduh sekali lagi. Saya diam lagi. Stlh 3 bulan saya cuti, saya kerja. Ibu mertua volunter untuk jaga anak saya. Saya kerja jauh. Jadi pkul 6.30 saya dah keluar rumah. Lewat malam baru saya pulang.Saya dh terangkn prkra ni pada suami tapi dia kata ibunya tak kesah. Bary seminggu saya kerja, saya dengar suara2 mengatakn saya tak reti jaga anak. Bila saya tanya terus terang pada ibu mertua, dinafikan segala cerita.Tapi akhirnya Dia mengaku sendiri dia cerita dekat semua sedara mara saya ni tak reti jaga anak dan dia penat jaga anak saya. Sedangkn dia ada jaga anak kepada kakak ipar saya yang duduk di sebelah rumah. Dikatakn dia takde msa untuk beribadat kerana jaga anak saya. Waktu anak saya baru nak msuk 4 bulan, dihalaunya kami keluar dr rumah jam 3 pagi. Dengan tiada tmpt tinggal taktau hala tuju. Mujur ad sedara yang bagi nasihat utk biarkn kami tggal utk beberapa hari.
Keesokkan pg kami terus cr umah sewa. Alhamdulillah Allah permudahkn semuanya. Saya trus duduk dirumah sewa sementara suami ulang alik ambil pakaian kami. Kami diharamkan utk jejakkn kami kerumah dia lagi. Dr hari tu suami mulai sedar. Tapi selang beberapa hari, dtg fitnah yang lbh berat utk saya. Ibu mertua tak habis marahnya pada saya. Dia memfitnah saya, memaki hamun saya, menghina keluarga saya mcm saya takde maruah. Saya diam dan berlembut kerana fikirkn dia ibu mertua. Saya seorg diri prthnkn maruah. Dengan izin Allah saya masih kuat. Saya ambil keputusan berhnti kerja menjaga anak. Suami juga setuju. Selang beberapa bulan saya tiba2 alami batuk berdar*h. 2 bulan saya derita. Pergi ke klinik takray semuanya clear. Dan akhirnya saya berubat secra tradisional. Dan perkara mengejutkn saya, saya disantau oleh keluarga mertua saya sendiri.. Allah..
Tapi saya maafkn. Waktu ni suami dh tak cakap ap2. Dia kata dia malu dengan apa yang jadi. Saya kata takapa lah. bukan slh dia.. Kami berubat.sehingga saya sembuh. pabila saya dh sembuh, dhantarnya lagi. Kali ini menganggu hubungan rumahtangga kami. Goyang. hampir musnah. Minta petunjuk pada Allah dan sekali lagi berubat.Benar tekaan saya. Ustazah memberi pendinding diri utk kami. Alhamdulillah semuanya reda..
Satu malam tiba2 suami datang menyatakn hasrat untuk menikah satu lagi Allah hancurnya hati saya tapi dia masih tak punya calon cuma berniat untuk mencari satu lagi. Dia kata dia inginkn kbhgiaan. Dia kata dia takbhgia dengan saya.
Saya sedih dh taktau nk ckp ap. Ustazah kata pendiding yang diberi pada suami dah hilang krna suami buat perkara terlarang. Bila ditnya dinafikan. Saya sekarang buntu. Saya tak tahu ap yang saya buat. Keluarga suami benci. Suami sndri saya dah tak berapa nak percaya. Saya tak tahu mna yang betul mna yang slh. Saya tak tahu nak buat apa. Hari2 menangis minta petunjuk. Saya betul2 tak tau. Kalau la anda semua dalam keadaan saya, apa yang anda akan lakukan? Tolong bantu saya. Saya betul2 buntu. Keluarga saya semua dah jauhkan diri tak ambil peduli. Saya dah tak tau.. Keliru saya. Luka dihati dari keluarga dia belum diubati, ditambah dengan pertanyaan kahwin satu lagi.




