salam, sekadar untuk mendapatkan pandangan serta pendapat (mohon admin hide profile saya). saya sudah berkahwin hampir 3 tahun dan mempunyai seorg ank berusia 1 tahun. saya bekerja sbgai pnjwat awam di pahang. sebelum berkahwin isteri saya bekerja di kl dan selepas berkahwin dia berhenti kerja dan mengikut saya ke pahang. semasa awal berkahwin dan berpindah ke pahang, isteri dapat kerja di sekolah berhampiran tapi taraf lantikan kontrak selama 1 tahun. selepas itu kontrak tidak disambung dan menjadi suri rumah sepenuh masa sampailah kami dikurniakan anak dan isteri menjaga anak sehingga kini (anak berumur 1 tahun).
Segala perbelanjaan rumah saya tanggung semampunya (bulanan kereta, barang dapur, ptptn, keperluan yang difikirkan perlu atau teringin). kalau ada peluang OT saya akan pulun untuk menambah pendapatan. saya juga ada membuat kerja sambilan jika diajak rakan2. saya juga tidak culas memberi nafkah kepada isteri sebanyak rm200 sebulan khas untuk kegunaan dia (kekadang die nak beli pape kat online shopping). saya tak kacau lansung nafkah tu.
Baru2 ni isteri saya ada menyampaikan isi hatinya yang teringin hndak bekerja semula bagi membantu saya disamping terkilan tidak bekerja sedangkan dia mempunyai ijazah (kelas pertama) dalam bidang kimia. disebabkan kami tinggal di pinggir pahang disebabkan saya bertugas disana, agak sukar untuk usteri saya mencari pekerjaan. kalau ade pon perjalanan hampir 2 jam ke bandar besar. isteri menyampaikan hasrat hati untuk bekerja di kl kerana di sana peluang lebih terbuka dan boleh tinggal bersama keluarganya dengan membawa anak sekali dan keluarganye menyambut cdangan tersebut dengan tangan terbuka.
isteri saya berasal dr keluarga berkmampuan dan sebelum berkahwin kehidupan isteri saya agak mewah kerana bekerja sebagai exsekutif. saya agak buntu dengan hasrat hati isteri saya. saya juga maklum yang kekangan ekonomi keluarga membataskan kami untuk berbelanja mewah dan hanya sekadar semampunya. perkara yang membuat kan saya terfikir banyak kali bile isteri mengeluarkan ayat penat ibu ayah sekolahkan tinggi2 tapi tak bekerja. untuk pengetahuan, isteri saya merupakan pelajar terbaik jabatan dan mendpat tajaan biasiswa JPA.




