salam min, saya ada sesuatu nak luahkn, saya dah bercerai dengan suami, dan saya ada kenal sorang lelaki, agak jauh usia dengan saya, saya ada anak 5, dua tinggal dengan saya, umur 4 tahun dan 7 bulan. Masalah saya, saya belum bekerja, kat kawasan saya susah nak dapatkn kerja sebab mereka ambil kira juga status dan komitmen saya, ada kerja yang boleh terima saya tapi agak jauh dan pulang lewat malam, mata saya ada masalah rabun malam, ex suami saya bagi saya sebuah kereta yang sudah uzur, cermin kelabu, mentol pun agak malap dan saya pernah lost control masa drive waktu malam.
Ex saya, lepas cerai langsung tak ada budi bicara dan rasa simpati, bila saya mengadu motor rosak, dia buat tak tahu. Pendek kata, lepas bercerai saya memang susah, tiada tempat bergantung dan minta tolong, nak harapkan mak, mak pun dah tua, makan sikit2 boleh la bgantung dengan mak, suami bagi nafkah untuk anak2. perbelanjaan susu pampers dan upah mengasuh (walaupun saya belum bkerja) sebanyak 1k, jadi memang saya tak ada masalah untuk sara anak, tapi untuk sara diri saya sndiri, buat masa ni saya masih boleh guna nafkah edah yang dia bagi pada saya sebanyak rm500 sebulan.
Oleh kerana saya susah mendapatkan pekerjaan teman lelaki yang saya baru kenal sebulan lebih sanggup tinggalkn kerja dia semata2 hendak datang tinggal dekat dengan saya dan kami merancang untuk berniaga, mak saya pun dah jumpa lelaki tu, dan memang lelaki tu baik dengan saya dan anak2. Pada mulanya mak menyokong kami, bahkan mak sudi sewakan rumah sewa mak pada lelaki itu. Tp 2/3 hari ni, mak asyik merungut, mak kta nanti mrniaga tak laku macam mana? nanti ex suami datang sini tegok kereta orang luar macam mana, nanti kakak2 saya kata apa sebab bagi lelaki asing sewa rumah mak, macam2 mak kata yang melemahkan semangat saya untuk bangkit, mak tahu betapa saya down lepas bercerai.
Saya dah takada ayah, dan tak ada adik beradik lelaki.. jadi semua hal2 yang hanya mmpu dibuat oleh orang lelaki, kami tak mampu nak buat. Dan saya memang sangat2 memerlukan bantuan dari orang lelaki, tapi bila dah ada lelaki yang sudi terima saya, dan anak2. mak pula asyik nak suruh saya fikirkan pasal ex saya, mak asyik nak jaga hati ex saya. Mak langsung tak fikir macam mana anak dia nak bangkit. Pernah saya keluar dari rumah berhari2 untuk cari kerja, tapi mak call dan kata mak tak selera makan, pening rasa nak pengsan sebab fikir psl saya.
Jadi lelaki asing yang mak tak suka tu, sanggup tingalkan kerja dia semata2 nak bekerja dekat dengan saya, dalam masa sama bantu saya cari pendapatan tanpa jauhkan saya dari mak saya. Tapi mak tetap asyik fikirkan lelaki yang dah buang saya. Maaflah karangan saya terlalu panjang dan mungkin orabg susah nak faham. Pendekkan cerita, saya sebenarnya tertekan dan sedang rapuh, saya berharap mak boleh terima lelaki yang sanggup jadi dahan tempat saya berpaut, tanpa sibuk memikirkan bekas menantu dia tu.




