Salam min hide profile owner . ak pakai acc budak tmpt keje aku . dia lupa logout dari laptop aka . thanks siarkan. Setahun yang lalu saya ada luahkan pasal suami ajak laki lain tumpang rumah smpai setahun orang tu tumpang kami. sekarang saya dah hampir dua bulan bercerai dengan suami. rasa nya saya buat pilihan yang terbaik. sikit pun tak terlintas rasa menyesal sebab saya dah buat yang terbaik untuk dia. syukur la 6 tahun bersama kami belum dikurnia kan zuriat. ad hikmah semua tu . hari terakhir bersama, dia halau saya dari rumah . macam2 kata kesat yang dia bagi. dia naik tangan smpai saya luka berd*rah sikit pun dia tak kesian kan saya . dia junjung ego dia l. tapi saya sikit pun tak balas, saya cuma pesan dekat dia kalau jumpa orang baru. jangan layan dia seperti saya.
Malam tu last saya menangis puas2 . saya sempat lagi berfikir nak bagi dia peluang terakhir maybe bangun esok kami masih boleh berbaik tapi bangun esok dia tetap dengan pendirian dia . marah2 makki saya hempas barang saya abaikan dia saya buat tak nampak je sebab hati saya dah beku. perasaan sayang memang dah tak ade. Esok tu jugak saya balek rumah mak ayah saya . sebenar nya malam tu dia dah cerai kan saya. dia suruh saya cari orang lain. dia halau saya dari rumah pkul 5 pagii . sehelai sepinggang tanpa duit 1sen pun dekat tangan. sebab saya tak nak keluar . dia tampar saya. dia hmpir nak tendang saya. malam tu memang malam paling pahit dalam hdup saya.
Memandang kan saya anak tunggal. anak manja mak ayah. tak pernah kena jentik sikit pun. selama ni saya percaya kan dia untuk jaga saya. tapi tak pela dah takda jodoh. saya pun dah redha. sekarang ni ex laki saya gila talak. hari2 merayu minta rujuk. anta chat rindu bagai. kata tak bole lupa kan saya. Siap kata saya pakai jampi apa smpai dia asyik teringt saya je. saya tak layan langsung chat dia. masa setahun terakhir saya dah belajar move on. saya sibuk kan diri. 3 bulan kami dah tido asing. dia tido ruang tamu. saya tdo bilik. sehari cuma sekali dua je kami bersembang. selebih nya dia tarik muka .
Hari cuti dari pagi sampai malam dia takda dekat rumah bila gaji dia lagi suka makan luar dengan kawan saya punya dia bungkuskan semua benda dalam rumah saya yang buat dia lebih suka lepak rumah kawan dia minum ketum . sekarang saya dah move on . bukan mudah nak lupa kan orang yang pernah ada dlm ati kta. Tapi klu orang takreti hargai kita. Saya rasa kita kena tahu tempat kita berpijak untuk seterus nya . nak cari pasangan sebab nak bahagia . kalau more kepada air mata, elok angkat kakii . ramai lagi yang sayangkan kita dan bole bahagia kan kita.
Dulu dia lebihkan kawan dari saya . dia campak saya macam sampah. Bila susah baru belai2 saya . saya bersabar lama dah min . sekarang ni memang orang nampk saya bersalah . saya kejam buat dia macam tu . tapi orang tak tau apa saya alami . depan orang dia tunjuk side baik . tapi dengan saya , semua belang dia pun saya tau. Saya terima baik buruk dia. Tapi buruk saya sikit je . dia layan saya macam binatang. Terluka hati ni min . sampai air mata pun tak nak mgalir dah . thank min siarkan . doa kn saya jumpa orang yang baik2 .. Assalamualaikum