Assalamualaikum krt. Aku nak cerita sikit tentang rumahtangga aku. Dan aku harap benda ni boleh dijadikan pengajaran. Aku taktahu nak start dari mana. 2 bulan lepas aku dapat rasa perubahan ketara dalam diri suami aku. Panas baran dia makin menjadi jadi. Maki hamun dah jadi makanan aku. Cakap sikit, kena tengking. Naluri aku sebagai isteri kuat mengatakan dia ada sembunyikan sesuai daripada aku. Wallpaper hp tak pernah berganti, tiba2 tukar. Password tak pernah tukar, tiba2 ditukar dan hp dia langsung aku takboleh dipegang. Bila aku kerja, dia terus block aku ( untuk memudahkan dia berwhatsapp dgn kekasih gelap dia ) Sebab setiap kali aku nampak dia online, aku akan tanya.
Dia bukan jenis suka online memanjang tapi something wrong dekat situ. Naluri aku kuat kata dia ada perempuan lain. Tapi aku diam, sebab aku kumpul bukti. Setiap hari lepas solat aku akan doa semoga Allah tunjukkan kebenaran. Sikit demi sikit Allah tunjuk. Dan sangkaan aku semuanya betul. Allah, hati ni hancur. Hancur habis. Tak sangka rumahtangga yang dibina atas dasar cinta musnah dek kerana org ketiga. Atas pujukan semua, aku balik semula ke pangkuannya. Tapi tak lama dia kembali untuk pilih jalan bersama dengan perempuan tersebut. Bila ditanya, kenapa tergamak buat aku macam ni? Jawapannya, aku tak pandai jaga dia. Aku terlalu berkeras. Aku tak pandai jaga hati dia macam mana perempuan tu jaga hati dia.
Dan dia jujur dia memang sayangkan perempuan tu. takpa lah. Aku berjanji akan berubah, buang sikap2 negatif aku dan dia pon akan berubah. Tapi untuk dapat semula kebahagiaan kami, semuanya tak kesampaian. Dia tetap memilih untuk berpisah. Kepada perempuan tersebut, jagalah dia sebaik mungkin. Kena banyak sabar dengan kerenah dia. Aku tak marah kau sebab aku tahu tetamu takkan masuk dalam rumah kita tanpa dijemput cuma aku terkilan kau tau dia suami aku tapi kau tetap melayan sehingga rumahtangga kami hancur. Tergamaknya engkau aniaya aku, aku taktahu apa salah aku dekat kau. Kepada lelaki, terima kasih untuk semuanya. Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku, dan pernah bahagiakan hari2 aku dengan kasih sayang dan cinta kau. Aku redha, ini yang terbaik untuk kita.
Semoga jodoh pertemuan kau dengan dia adalah yang terbaik dari Allah. Aku bersyukur sebab sempat hidup bersama dengan kau walaupon sekejap. Masa susah dulu, aku kehulu hilir ikut kau demi cari rezeki. Tapi bila senang, kau tinggalkan aku semudah ABC. Tapi takpa, aku tak salahkan kau. Aku yang salah. Kepada semua, doakan aku kuat untuk tempuh hari2 mendatang tanpa suami, sebab airmata dah kering untuk menangis. Sebab dah terlalu sakit apabila ditipu hidup2. Diperb0d0hkan. Allahu doakan jugak aku boleh tempuh mulut2 makcik bawang yang akan mengata aku bila tahu aku dah bertukar status.




