Assalamualaikum krt hide fb saya ya. Saya seorang duda yang tiada anak..
8 tahun yang lepas saya kenal exwife di facebook.. 3 tahun kami balas komen dan like , tak pernah jumpa sampai satu hari saya suarakan saya dah mula sukakan dia nak jumpa keluarga dia. Raya haji 2015 keluarga saya merisik dia sekali dengan bertunang.. Ikat tali pertunangan setahun setengah dan dalam setahun setengah tu kami kenal perangai masing2 la. Dia seorang perempuan yang degil tapi dia cute dan saya seorang lelaki yang ego panas baran tapi saya pemalu.
Kami plan nikah Oct 17 dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun saya pernah pukul ex wife separuh matti sebab perangai degil dia. Saya tahu die terima saya tanpa perasaan kasih cinta dan sayang. seminggu sebelum nikah saya ada pukul lagi sebab dia tak bawa handfone pergi kerja jadi saya tak dapat hubungi dia waktu dia rehat.. Ya saya pukul sebab tak dapat WhatsApp dengan dia..
Lepas nikah saya cuba jadi suami yang tak ego tak panas baran tp ex saya suka tunjuk perangai degil dia sampai saya jadi hilang pertimbangan. Masa bersama boleh nampak dia macam terpaksa Akhirnya saya terpaksa buat keputusan cerai kan dia talak 1 supaya die tak tersiksa hidup dengan saya lagi. Semoga ex wife saya lebih bahagia dan jumpa lelaki yang sabar dengan sikap degil dia… Yang paling penting moga awak dapat suami yang tak kikis gaji awak.




