Assalamualaikum admin. Sejak akhir akhir ni saya agak terkilan dan kecik hati dengan suami saya. Sebelum tu, bukanlah niat saya untuk memburukkan suami saya,saya cuma ingin meluahkan rasa sedih dan sebak dalam hati saya.
Saya berumur 24 tahun, berasal dari perak, baru sahaja menamatkan pelajaran.Saya sudah berkahwin setahun lebih dan dikurniakan seorang anak kecil yang berumur 3bulan sekarang. Suami saya bekerja sebagai pekerja bank di johor.
Saya sangat berkecil hati dengan suami saya kerana suami saya sering mendesak saya untuk turut sama bekerja bagi menanggung hutang kereta dan hutang kad kreditnya. Walhal saya masih mempunyai anak kecil yang memerlukan perjagaan dan perhatian dari saya..
Saya pernah ditengking oleh suami apabila dia menyuruh saya mencari kerja dan terkeluar dari mulut saya mengatakan bahawa kawan saya pun tidak bekerja tetapi suaminya mampu menjaga dirinya dan anaknya malah mampu membeli rumah untuk anak dan isterinya. Sedangkan saya masih menumpang. Suami saya terus menengking dengan menyuruh saya pergi kepada lelaki lain..hati saya hancur.. lebih lebih lagi dia menyuruh saya bekerja barulah kami akan memiliki rumah sendiri.
Kadang kdang bila berselisihan saya dimarah didepan kluarganya tetapi bila dah duduk dengan orang tua keluarganya menyebabkan saya tidak mampu untuk membela diri saya. Bila dimarah saya hanya mendiamkan diri dan menangis di bilik.. dan saya melayan keluarganya seperti biasa kerana tidak mahu menunjukkan sebarang reaksi sedih. Tetapi suami saya menuduh saya sebagai betine hipokrit. Saya benar benar kecewa dengan sikap suami saya. Depan keluarga saya, dia memang layan saya dengan baik.. sedangkan dulu dia juga yang kata tidak kisah jika saya tidak bekerja bila kawin nanti.. tapi sekarang lain pula jadinya…
Anda semua yang membaca kisah saya ni . Doakan saya supaya saya dapat pekerjaan yang baik dengan cepat.. supaya saya dapat jaga anak saya sendiri dengan usaha saya sendiri.. jika begini layanan dia kepada saya seawal usia perkhawinan ini. Saya tidak lagi yakin bahawa saya mampu meneruskan perkahwinan saya dalam tempoh yang lebih lama lagi.. Kalau dalam hati dia mengharapkan saya dapat pekerjaan semata mata untuk menyelesaikan hutang piutang dia .
Difikiran dan hati saya yang sedih dan kecewa ini pula lebih berharap perpisahan antara saya dan dirinya setelah saya mendapat kerja. Apa guna saya berkahwin sekiranya dirinya sendiri tidak mahu bertanggungjawab dengan memberikan nafkah tanpa mengharapkan kudrat saya sebagai seorang isteri. Sedangkan suami saya mampu tetapi dia memaksa saya bagi memewahkan lagi hidupnya dan kurangkan bebanannya.
saya benar benar sedih apabila dia menyuruh saya pergi kepada lelaki lain semata mata saya masih tidak mempunyai pekerjaan lagi. Sedangkan saya berusaha mencari di setiap laman web pekerjaan tetapi belum dipanggil oleh mana mana syarikat lagi..saya tidak percaya bahawa suami saya mampu menerima saya seadanya sebagaimana yang dikatakan semasa hari pertama kami sah bergelar suami isteri kerana saya tidak bekerja pada ketika ini dia sudah mula menunjukkan perasaan yang seperti ini. Isteri yang kecewa.




