Assalamualaikum hai krt..saya pembaca setia krt..saya just nak share cerita saya…selalu sangat baca kisah yang sedih2 dalam ni.. Saya ni memang Dari kecil Gemok. besar ragam, kulit pun gelap. Alhamdulillah bila abis sekolah, saya ditakdirkan berjaya menjadi seorang guru. memang Hepi la sebab arwah abah nak sangat saya jadi cikgu. bila sem akhir, ramai la membe2 1 maktab yang bercinta sama2 cikgu dan ada yang dah kawin. saya sedih sangat sebab saya pun nak gak kawin sama2 cikgu.
Saya Pernah berkawan dengan seorang guru agama tapi asyik gaduh ja sebab saya aktif persembahan pentas dia tak suka.. saya buat solat istikharah, saya nampak seorang lelaki, pakai transut, pakai kasut sport putih, sedang berdiri dalam keadaan senam diri.. saya tak nampak muka dia.. esoknya saya buat lagi, saya nampak keadaan ribut kuat, tetiba saya nampak ada seorg lelaki selamatkan saya dan lelaki tu pakai kasut sport putih. lepas tu terus saya pikir,,suami saya mungkin guru sukan.
Sampai la saya posting ke utara, saya masih belum jumpa mr cikgu saya. last2 dipendekkan cerita, saya dijodohkan dengan seorg askar. Kawan kenalkan, saya terima sebab saya bosan kawan2 serumah semua dah kawin. Hehehe. masa saya baru kawin, suami saya siap2 nak pegi keja. dia pakai baju t-shirt putih, traksut dan kasut sport putih. ya allahhh,,terus saya terbayang lelaki yang saya nampak dlam solat istikharah saya. ya allahhhh memang dia..
Hidup saya sangat bahagia walaupun saya sering ditinggal2kan kerana tugas. suami saya sangat rajin, kalau dia ada umah, semua keja dia siapkan,,saya cuma masak. saya dalam pantang pun dia jagakan, dia sorang yang lembut tutur katanya. Saya rasa sangat bahagia. lepas kahwin, mak saya kena str0ke, jadi lepas saya balik sek saya akan terus ke rumah mak, uruskan mandi makan mak, pkui 4 saya balik untuk uruskan hal d rumah. Suami balik pkul 5@6,saya dah ada d rumah. Sekarang saya sedar, Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita suka. saya sayang suami saya dunia akhirat.




