min, aku nak mengadu. sekarang tengah sarat mengandung, duduk rumah sendiri.
masalah nya orang tak paham bila dah sarat mengandung ni, semua kerja jadi slow. orang cakap duduk rumah sendiri, ada privacy. tapi bila kau ada “tetamu” yang tak paham situasi kau, mainan anak2 kau bsepah depan tv (padahal aku dah kemas 2 jam yg lepas, anak aku selongkar balik nak main), dia cakap aku malas.
pakaian penuh dalam bakul baju, aku bukan tak nak cuci, masalah nya batch yang 2 hari lepas pun tak kering lagi sebab hujan, kepam, takkan aku nak cuci lagi next batch bakul kasi lagi kepam semua pakaian anak laki aku. pun dia cakap aku malas. bila laki aku tapau je makanan sebab alahai aku berdua dengan laki aku je makan. anak2 share sikit2 je. bahagia je aku rasa sebab laki aku concern aku nak makan apa, semua dia belikan.. tapi org cakap aku malas, malas masak..
Bila aku rasa nak makan maggie, aku masak je la maggie (mmg la aku tahu maggie tu tak baik untuk kesihatan) tapi sekali sekala aku terasa nak makan, biar pi lah aku nak makan, orang cakap aku takde duit pulak, sebab tu makan maggie.
hai, semua benda kita buat salah di mata orang tu. almaklumlah aku ni, jangan kata degree, diploma pun tak ada.. setakat spm.. tapi kalau anak menantu dia yg ada degree, ada master tu.. dia beli kuih basi tepi jalan pun, sedap kat tekak orang tu..
kadang2, aku kesian jugak kat dia min macam sakai sebab orang lain menantu phd rilek je makan tepi jalan ke tapau ke asalkan ada rezeki kan.. ni tak, baru ada menantu yang ada master, dah action, tak layan makanan tapau2 tepi jalan kalau laki aku belikan..




