Salam admin. Tolong siarkan cerita ini dan hide identiti saya. Berkahwin tahun 2012. Perhubungan lancar tak ada masalah. Gaduh sikit tu biasalah itupun sebab perangai nauzubillah ibu mertua. Selainnya bahagia dikurniakan dua anak. Gaji saya semua bagi dia sebab gaji dia tak cukup. Sampai lah kami buka kedai retail, alhamdulillah hidup berubah. Saya siang malam tolong dia di kedai. 60% dari kedai tu tak ada apa apa, saya yang uruskan A-Z logo, deco, marketing. Dia cuma handle sales sahaja. Sepanjang 5 tahun membantu dia, saya tidak dibayar gaji. Tapi alhamdulillah saya happy, asalkan lepas makan minum kereta tempat tinggal saya dah happy
Tahun 2016, rumah tangga diuji. Suami kantoi curang. 3 bulan je. Tapi hancur hati saya. Dia berkenalan dengan perempuan seberang di chatroom. Die menyamar dia pilot. Saya tahu pun sebab saya perasan perubahan dia, saya solat sunat hajat mintak petunjuk. Terdetik nak check bill handphone dia. Jumpa 1 no thailand. Saya save no tu kat handphone. Saya search no tu di Apps LINE. Fuh, profile picture perempuan tu dengan dia dalam uniform pilot tengah cium pipi. Saya minta lagi petunjuk. Bawa suami berubat. Muntah d@rah. 5 tempat berubat semua kata kena minyak. Waktu tu saya pulun la sembuhkan suami. Sebab saya ingat kena buatan orang
Dia cakap dia dah putus dengan perempuan tu. Waktu tu saya yakin dia dah sembuh. Dia mintak saya balik kampung untuk rehatkan fikiran. 3 minggu kat kampung. Boleh kira dengan jari berapa kali dia call. Sampai saya kena upah Private Investigator, saya dapat info perempuan tu passport dia masuk malaysia hari yang sama saya balik kampung. Astaga sakit jantung saya, terus saya drive balik kl dengan dua anak kecil. Die terkejut nampak saya balik. Saya berlakon macam tak tahu apa apa. Saya ikut je mana dia pergi. Sampai seminggu, tiba tiba ada 1 malam dia nak keluar tak bagi saya ikut. Saya berkeras menyorok dalam kereta dia masuk pakai kunci pendua. Dia tak perasan saya kat belakang. Saya intai dia reply message perempuan tu “Ill be there baby”
Saya rasa happy la sebab saya boleh belasah dua2 sekali kat public. Tetiba dia sedar pulak saya kat seat belakang sebab dia berhenti isi minyak. Lepas tu dia bawak saya pergi balai polis! Dia suruh polis tangkap saya sebab menggangu privacy dia. Polis pun bingung. Waktu tu saya syak dia tak sembuh lagi. Saya ajak dia balik rumah. Saya cakap saya nak menyusu anak. Bre@st saya dah bengkak maybe anak nak menyusu. Anak ke dua baru 1 setahun. Kami pun balik. Sampai rumah saya bisik kat mak mertua, “mak, saya rasa dia belum sembuh, mak kena lock pintu sebab malam ni ada orang datang berubat dari kedah. jangan bagi dia keluar”. Dia mengamuk admin, ambil kayu nak pukul mak dia. Anak tunggal yang selama ni cakap Ah pun tak pernah ngan mak dia. Bertukar jadi set@n
Akhirnya terpaksa bukak padlock sebab dia ugut nak terjun dari condo tu.Orang dari kedah sampai nak berubat. Saya tidur. Kepenatan berendam air mata. Pagi sebelum kejadian, saya sujud dia admin. Saya cakap tolong jadikan perempuan tu second wife asalkan anak anak saya membesar dengan bapa. Dia buat taktahu je. Saya tak tahu ustaz dari kedah tu buat ape time berubat. Tapi esok paginya dia balik. Saya tengah tido. Saya terbangun sebab saya rasa kaki saya berat. Rupanua dia tengah peluk kaki saya sambil menangis, “ampunkan dosa I I banyak dosa dengan u” Saya pun menangis. Saya cakap pergi la mandi dulu. U dah makan? Itu je soalan saya. Dia minta maaf. Saya cakap kalau nak saya maafkan, pergi solat taubat nasuha. Lepas tu junjung alquran u takkan curang lagi. Dan syarat terakhir, saya nak tahu full story
Dia buat semuanya. Dia cerita full story. 3 minggu saya kat kg, memang perempuan thai tu ada datang malaysia. Dia sewakan condo untuk perempuan tu. Dia berterus terang rumah mana, sebab dia nak saya tolong pulangkan kunci pada owner rumah. Deposit 2 bulan burn. Saya pun buat.. Sebelum pulang kunci, saya kena bersihkan rumah tu. Dengan segala kekuatan yang saya ada, saya masuk rumah tu. Banyak barang perempuan tu dalam rumah. Perfum, bedak, panties terpakai bawah sofa, dress, cadar penuh dengan tompokan air m@ni. Saya kemas baju suami saya. Dan saya message perempuan tu. Saya cakap klw dia nak barang dia, saya boleh post. Perempuan tu cakap tak perlum Dia nak lupakan suami saya
Hubungan kami okay kembali. Tapi luka dalam hati. Allah je tahu. Saya gigihkan diri untuk teruskan hidup dengan dia
Satu hari, saya kencing berd@rah saya kena admit hospital doctor cakap jangkitan s3ks bebas nasib baik mild sahaja kata doktor seminggu saya kat hospital sebab kecurangan suami. Keluar hospital, saya masih bertahan. Kedai huru hara sebab saya lama tak masuk. Berpuluh ribu duit asb saya keluar untuk cover duit business yang ghaib tak tahu pergi mana. Tak lama lepas tu perempuan tu hubungi saya. Dia cakap dia nak mintak maaf dan berterus terang. Apa yang saya dapat dari dia?
1. Suami saya contact dia di chat room
2. Mengaku bujang
3. Mengaku diri pilot
4. Suami saya tipu nama sebenar
5. Suami saya pernah bawa dia masuk rumah dan had s3x di katil kami sewaktu saya di kampung
6. Satu gambar s3ks. Selfie d0ggie dari reflection cermin dalam bilik tidur saya
7. Satu video s3ks mereka di atas katil saya
Sampai 1 masa perempuan tu cakap, die ternampak ig saya dengan suami. Mula2 dia tanya suami saya siapa perempuan dalam gambar. Suami saya cakap tak kenal. Mungkin pelanduk 2 serupa. Lepas tu dia cakap suami saya “kononnya” berterus terang dengan dia. Yang suami saya ada kembar nama daniel. Daniel mengandungkan saya (perempuan dlm ig yg girl tu nampak) tapi Daniel lari 1 hari sebelum majlis. Jadi dia nak tutup malu keluarga, dia terpakaa kahwin dengan saya. ASTAGHFIRULLAH, saya rasa nak tercabut jantung, sampai hati die tuduh anak kandung dia (anak pertama kami) anak Daniel (kembar yg tak wujud) dan anak kami anak luar nikah!!!!
Lepas tu perempuan tu cakap, dia pelik kalau anak pertama anak Daniel, anak kedua anak siapa? (sebab dia nampak gambar kami sekeluarga ada 2 anak)
Die cakap suami saya jawab, dia pun tak tahu anak siapa. Dengan siapa saya bersama. Sebab dia tak pernah bersama saya sebab kahwin paksa. Hati saya yang terluka tadi, bertukar jadi remuk. Berkecai. Saya lahirkan kedua anak ber bin kan dia. Cz3r belah perut demi keturunan dia. KENAPA NAK MENGAYAT PEREMPUAN SAMPAI KENA BABITKAN ANAK? Selama ni kita selalu dengar suami mengaku bujang. Tapi suami saya, mengaku ANAK SENDIRI ADALAH ANAK LUAR NIKAH
Saya penat menaip admin.. Nanti saya sambung.Lepas tahu kebenaran yang full story. SAYA KECEWA ADMIN. Selama ni saya memafkan sebab saya ingat dia terkena buatan orang. Memang betul dia kena, tapi dia yang cari penyakit. Saya sangka baik, mungkin memang culture perempuan tu, dia akan minyakkan yang dia sayang. Saya tanya suami, dia mengaku.. Semuanya betul. Tapi dia marah saya dia cakap kenapa ungkit2. Dia cakap saya yang b0d0h sebab sakitkan hati sendiri untuk tahu. Saya terus diam. Beberapa bulan berlalu. Saya tengok sikap dia pergi kedai balik kedai, memang dah putus. Tapi sikap die masih sama. Macam mula2 kahwin dulu. Kaki game. Balik kedai main game sampai pukul 5. Lepas tu bangun lambat, pergi kedai
Solat semua tak. Hal anak hal rumah memang macam biasa la. Dari mula kahwin semua saya urus sendiri
Perasaan kecewa saya tak diubati sepenuhnya. Bila saya tegur, baru dia nampak effort. Sampai 1 masa, hidup saya dalam ketakutan. Serik. Risau dia. Saya tak mampu nak kawal dia 24 jam. Saya hidup dah tak bahagia. Saya berubah jadi pemarah. Saya tak boleh solat. Selalu bergaduh. Hubungan kelamin lansung tak ada. Saya maki hina dia macam2. Saya pun tak tahu kenapa. Mula2 saya ingat sebab saya depression. Tapi lama2 sampai saya amek pisau kat dapur, saya cakap “kau ceraikan aku”. Banyak kali. Banyak hari. Sampai 1 saat, die betul2 lafaz aku ceraikan kau. Saya pengsan
Mak saya datang dari kampung. Saya macam sasau. Saya berubat ustaz. Ustaz cakap saya terkena sihir rumah tangga. Sebab dendam. Saya tak fikir jauh. Saya fikir girl tu je. Mana suami saya waktu tu? Dia tak balik rumah lansung. Saya berubat 3 hari 3 malam. Limau kena buang kat sungai, staff saya yang buangkan. Dia? Tak nampak bayang. Alhamdulillah saya sembuh. Saya message dia. Saya persoalkan kenapa saya sakit die hilang. Tapi bila dia sakit, saya berusaha sana sini sembuhkan dia. Die minta maaf die cakap esok dia balik rumah.
Esoknya saya call mak dia. Saya cakap saya nak hantar anak lepas semayang subuh. Sebab saya nak balik kampung minta pendapat mak ayah. Saya balik hari je. Sebab malam tu kan dia cakap dia nak balik rumah. Saya dah happy. Sampai rumah mak jam 6.30am. Saya pesan kat mak bagitahu suami. Sebab saya taknak kejutkan dia tido. Bila nak keluar pintu rumah, saya teringat toiletteries saya dalam bilik kami yang dia tidur. Kami ada 2 rumah. 2 bilik Saya ketuk pintu bilik. Saya nak amek barang. Lambat dia bukak min… Lepas 2 minit dia bukak pintu kecil je.. Dia cakap nak apa? Saya cakap nak amek barang sikit. Lepas tu dia tutup pintu. After 1 minute dia bukak.
Saya masuk dalam bilik gelap ada samar2 je lampu dari hall waktu nak keluar bilik saya terdetik nak pandang tingkap Langsir tu gelembong saya pegi selak Ada perempuan lain lagi tengah menyorok. Gemuk pendek orang. Saya naik hantu. Saya pukul dua2. Saya meraung Allahuakbar Allahuakbar. Astaghfirullah. Kenapa sampai curi2 bawak masuk perempuan? Padahal mak dan ayah dia sedang tidur di bilik sebelah?
Anak saya 1st 4 tahun. 2nd 2 tahun. Tak faham apa apa. Mereka cuma menangis. Mak abah pegang saya. Tak bagi saya pukul lagi.. Takut saya masuk jail
Perempuan tu lari keluar rumah. Nak tahu mana suami saya? Dia lari keluar ikut perempuan tu. Dia cakap dah cerai..Waktu tu saya tekad. Saya pergi failkan penceraian. Semua urusan selesai dengan cepat. Mak mertua marah sebab saya berkeras nak bercerai. Sedangkan suami nak berubah dan ajak rujuk. Saya cakap, pintu hati saya dah tertutup. Mak terlalu marah sampai mak suruh saya pulangkan kereta. Saya yang bayar tiap bulan. Tapi nama mak dia. Saya terpaksa pulangkan. Bulanan RM1800 4 tahun lebih saya bayar. Lagi 3 bulan loan nak habis.. Saya terpaksa pulangkan. Sekali beg hadiah dari mak pun mak mintak balik.
Saya terpaksa berulang alik hantar anak naik uber. Saya dihalau keluar business. Saya lansung tak ada income. Dia cuma bagi duit anak anak sahaja. Marahnya mak mertua pada saya, sampai dia pegi preschool anak, dia cakap kami bercerai sebab saya kena tangkap khalwat. Cikgu sendiri bagitahu saya. Dalam keadaan ekonomi macamtu, saya tak sanggup tengok anak susah. Bapa mertua offer untuk jaga anak. Saya tak sampai hati nak tolak. Sebab bapa mertua saya sangat baik. Tapi dia takut dengan mak mertua
Dalam keadaan terpaksa, saya bagi anak. Mereka tinggal di Nilai. Saya di KL. Saya hanya jumpa anak Hari Jumaat. Hari Isnin mereka sekolah. Dari bulan April saya bagi. Sekarang dah December. 22 haribulan ni saya ambil anak for good. Diorang akan tinggal dengan saya. Sebab inshAllah next year saya akan berkahwin. Dah bertunang August haritu. Mula2 mereka berkeras taknak bagi anak. Lepas tu saya ugut untuk dapatkan hak penjagaan di court dan saya akan bongkar aktiviti h@ram dia. Supaya saya dapat perintah halangan berjumpa, terus mereka setuju. Saya cerita tak full. Tertinggal part ibu mertuakan punya perangai nauzubillah sewaktu kami mula2 kahwin sampai dah cerai. Saya harap yang menbaca dapat memberi apa apa nasihat. Dapat pengajaran, dapat kebaikan dari cerita ni.
Tolong doakan kebahagiaan saya. Saya dah cukup menderita. Saya serik sebenarnya nak percayakan lelaki. Nak berkahwin. Tapi saya tawakal. Demi anak anak. Demi ada yang boleh imamkan saya solat berjemaah. Demi keselamatan kami sekeluarga, saya tawakal pada Allah
Memang susah nak lupakan sesorang yang pernah membahgiakan kita. Yang kita dah habiskan usia muda bersama.. Memang perit melawan rindu, melawan mixed feeling yang datang bila kenangan menerpa. Bila pandang muka anak-anak, hati saya macam disiat2. Tawakal. Saya tawakal….
Update terkini: Perempuan gemuk pendek tu janda anak 1. Suami dengan die sebab dia PA Dato kaya. Banyak bawa projek. Sekarang bekas suami dah beli kereta baru. Range rover. Kereta kami dulu, 2 biji dia jual. 1 sen saya tak dapat. Dia pun baru lepas beli pangkat dato 80k. Semata2 nak dapatkan tender. Macamana saya tahu? Die call cerita pada saya dengan bangganya. Siap ajak rujuk tapi bagi dia masa 2 tahun. Lepas dia dapat apa dia nak dari perempuan tu, dia akan tinggalkan. Haritu saya maki dia sebab dia kantoi bawak anak2 saya jumpa perempuan tu dan suruh anak2 panggil perempuan tu mummy
Saya rasa dia dah short wayar dia
Saya tak pernah maafkan dia. Dia rampas harta benda saya yang kami usahakan bersama. Seolah2 10 tahun punya usaha hilang macamtu je. Saya papa kedana dari hidup boleh dikatakan senang. Saya terpaksa jadi wekend mother. Dia khianati saya sampai hati saya remuk berkecai. Demi Allah, saya memang pernah cintakan dia lebih dari nyawa saya dan jadi isteri yang terbaik. Hidup saya, saya hambakan pada dia, saya penah takpe aslkan dia bahagia. Saya tak maafkan dia. Saya doakan balasan setimpal pada dia. Berdosakah saya? Saya menyesal semua ni terjadi dalam perkahwinan saya. Walaupun saya redha.. Tapi saya kesal. Tolong nasihatkan saya




