Salam, ini saya pakai fake akaun min.
Ini adalah perjalanan hidup saya sepanjang berkawan dengan suami
Saya kenal suami saya gelarkan dia sebagai A ye sejak 2008 semasa menyambut kemerdekaan. Kawan satu tempat kerja ajak teman lelakinya keluar dan teman lelakinya bawa A bersama.
Dipendekkan cerita, kami couple dan dia bawa saya jumpa family dia pada awal perhubungan. Selepas 5 tahun, mak A paksa A bertunang dengan saya untuk elakkan orang mengata ‘bawak anak d@ra orang kehulu kehilir’ kerana dalam masa 5 tahun, pergi kenduri kendara belah dia, mesti A akan bawa saya sekali.
1 bulan sebelum bertunang, saya terbaca di facebook A, ada seorang perempuan bernama N hantar sticker sticker sayang kepada A. Saya add FB N. Selepas seketika, N balas dengan sindiran – “admire A ke nie?” katanye. Saya beritahu, saya adalah bakal tunang A dan dia diam seketika. Saya tanya A siapa N ni. A jawab kawan di FB dan saya tidak tanya lebih lanjut mengenai hal ini. Selepas bertunang, N messenger saya. Dia beritahu saya A dan dia sudah couple dekat 5 bulan, tetapi tidak pernah berjumpa. N cerita selepas die tunjuk mesej saya pada A, A blok dia dan tidak contact sehingga beberapa hari selepas kami bertunang, A contact N balik.
N beritahu mereka sudah berjumpa dan A berjanji akan putuskan pertunangan dengan saya. Saya cari A untuk kepastian dan A beritahu N penipu. N sengaja mahu lihat kami putus tunang. Saya cuba contact N tapi tidak dapat dihubungi. Sepanjang pertunangan, macam2 dugaan. Seminggu selepas bertunang saya dapat tahu A keluar dengan N. Saya gaduh besar dengan A tetapi masa itu sedang sayang jadi saya terima A balik.
3 bulan sebelum berkahwin, saya dapat tahu A dan N pergi bercuti bersama hingga ke Langkawi, walaupon A kata mereka sewa bilik asing2 di hotel terkemuka (A tunjuk bukti resit 2 bilik), tapi saya tahu itu cuma taktik untuk elak kantoi.
Saya tanya N adakah mereka sudah bersama tetapi dua dua nafikannya. Saya mintak putus pertunangan, saya serahkan cincin kepada mak A, saya beritahu papa, saya tidak jadi kahwin tetapi kedua family marah dan paksa kami teruskan perkahwinan. Saya bagitahu mak A sebab saya mintak putus dan mak A marahkan si A. A nafi dia ada hubungan denagn orang lain dan mak A kata tiada sebab mahu putus tunang. Saya tiada bukti kecurangan dia kerana WA tidak boleh hack ketika itu.
Papa jugak paksa berkahwin kerana sudah bayar segala persiapan dan apa saya orang besar dalam pejabatnya. Jadi dia tidak mahu malu. A kata masih sayangkan saya tetapi dia juga sayangkan N. Saya tidak mahu papa sakit jadi saya setuju untuk berkahwin tetapi dengan syarat die perlu lepaskan saya bila saya minta. Nanti saya sambung semula ya di part 2. Panjang sgt.




