Salam semua, Saya nak minta pendapat makcik-makcik bawang semua. Saya sudah berkahwinan dan mempunyai seorang anak. Hidup kami takdelah senang mana, sekadar cukup makan pakai kami 3 beranak. Saya sorang bekerja manakala isteri saya surirumah.
Cerita pasal mak saya. Mak saya ni jenis suka meminta-minta pada anak. Pantang dia nampak kawan dia pakai itu ini, mula lah dia minta pada anak-anak. Kami anak-anak tak kisah, bagi setakat mana yang termampu. Cuma ada masa-masanya kami tak dapat memenuhi kehendak dia tu. Bila kami tak dapat nak memenuhi permintaan dia, mula lah dia sumpah seranah. Katanya anak derhaka lah, tak kenang budi lah, tak ingat jasa mak membesarkan kami lah.
Saya pernah bersuara dengan mak saya, saya cakap lah tak semua permintaan mak kami dapat tunaikan kami pun ada anak bini juga nak diberi makan. Bukannya kami tak tunaikan, cuma kadang-kadang permintaan mak tu tak mampu kami nak tunaikan. Tapi sebelum-sebelum ni mak minta, mana yang termampu kami cuba usahakan untuk bagi. Tak kan lah sebab ada sesetengah benda yang mak minta, kami tak dapat bagi mak dah cakap itu ini kat kami. Kadang-kadang permintaan mak tu melampaui batas kemampuan kami.
Tapi macam biasalah, ego orang tua kita ni susah nak tunduk. Kadang-kadang saya sampai terpaksa diam sebab malas nak bising dan dengar dia bising. Ayah saya pun dah pening nak melayan. Adakah saya ni jatuh berdosa atau bagaimana jika saya tak dapat nak tunaikan beberapa permintaan dia? Kadang-kadang saya terpaksa dahulukan kehendak mak saya dari keperluan kami anak bini.
Tapi saya ada dengar ustaz cakap, nafkah yang utama dalam islam ikut turutan adalah pertama diri sendiri, kedua isteri, ketiga anak, keempat barulah mak dan ayah. Kadang-kadang saya terpaksa juga “pentingkan diri” sebab saya juga ada anak bini yang harus diberi nafkah dan tanggungjawab.




