aku betul2 terasa dengan suami aku . Aku kepada sorang anak 1 tahun 5 bulan dan sekarang aku sedang mengandung anak kedua 6 bulan. Suami aku bergaji 1600 je . Sebelum keluar anak pertama hidup kami seperti biasa. Duit sentiasa cukup untuk tapung berlanja kami berdua. Tapi lepas adanya anak pertama duit makin berkurang dan tak sampai ujung bulan kami dah habis semua duit kami. Bukan niat aku nak salah kan anak aku. Kami banyak hutang nak dibayar. Sampai la aku preg anak kedua.
Aku rasa kesiankan anak aku makan nasi berlauk kicap kadang berlauk kan telur dan bubur semata sementara tunggu gaji. Jadi aku amek keputusan untuk bekerja. Walaupun badan aku tak berapa larat nak bekerja tapi aku laratakan jua . Alhamdulillah aku dapat kerja di warung kecil di tmn perumahan kami. Sebagai pembuat air dan bergaji kan 25 sehari . Dengan duit tu aku beli lauk, kadang suami mintak beli r0k0k. Dengan duit tu juga la aku beri dia duit minyak pergi dan balik kerja.
Kadang pampers habis aku juga keluar kan duit dengan gaji hari aku. Aku fikir klu aku kerja aku dapat menyimpan sikit sikit dan aku dapat makan apa aku nak. Biasa la orang preg macam macam benda nak dimakan. Sebelum kerja bila aku mintak makan itu makan ini pada suami dia beri , tapi bila bergduh habis segala benda dia ungkit . Itu juga jadi slah satu punca aku berkerja. Berbalik pada gaji aku. Gaji aku tak besar min . 25 sehari . Dapat je duit mesti habis . Aku tak berkira aku lagi suka dapat tolong suami dan anak aku beli lauk kadang kadang belikan jajan tuk anak aku.
Kadang2 tu aku teringin beli apa apa yang aku terasa nak makan bila balik aku bawak makanan tu suami mesti buat muka dan ayat yang same keluar dari mulut dia cuba la berjimat cermat , asyik membazir jea . Beli asam sampai Rm3 simpan duit tu pun da betul. Lepas je dia cakap macamtu aku terus terasa . Aku diam kan. Padahal duit aku. Aku yang bekerja. Dia beli r0k0k sampai Rm6 ringgit tak ada pun aku marah. Aku diam kan aku simpan dalam hati. Aku tau gaji aku tak cukup. Jadi aku buat part time house skipping di hotel atau homestay di kwsan perumahan kami . Sehari aku dapat rm30.
Jadi aku buat dua kerja. Pagi aku kerja buat air petang balik je kerja terus aku pergi buat part time . Penat sangat sangat min. Tuhan je yang tahu sakit pinggang aku dengan Kaki aku kejang,Tapi kalau aku tak buat dua kerja duit tak cukup. Begitu la rutin harian aku . Kadang kadang ada part time kadang takda. Dengan duit gaji aku tu bila aku terasa nak makan apa apa aku beli sorok2 aku makan dekat kedai tu wlaupun aku teringin makan roti krim 60 sen tu . Aku tak nak laki aku balik buat muka lagi cakap aku mmbazir lagi .
Apa yang buat aku terasa. Baru baru ni mil aku call laki aku soh balik kampung . Dan laju laki aku iya kan padahal dia tahu duit tengah tak de . Mungkin dia fkir aku ada duit kot. Jadi aku kerja la tiap hari sebab aku tahu dia harapkan duit aku nak blik kampung. Dapat je gaji 2 hari tu lusa tu pun da nak blik. Duit tak cukup. Jadi aku call homestay yang selalu aku buat part time tu aku cakap nak keje part time. Mula mula petang tu dia kata ada. Sampai je aku dekat homestay tu call tak berangkat msg tak reply. Aku pn balik dengan hati yang hampa.
Tak cukup dengan tu dalam kereta suami aku cakap . Habistu tak kerja mana nak dapat duit? Alllahu rasa nak tercabut hati aku dengar dia cakap macam tu . Aku sabarkan lagi. Aku cakap dengan dia suruh dia try mintak pinjam pada keluarga atau kawan dia. Sebab sebelum aku kerja kalau duit tak cukup dia pandai iktiar pinjam kawan atau pinjam pada sesiapa . Tapi bila aku da kerja dia jawap Kawan dia tak ade duit. Malas nak minta kat keluarga dia. Jadi aku pun diam.
Esok nye kedai yang aku kerja cuti jadi duit tersekat kalau tidak cukup untuk minyak kami balik ke kampung. Oh ye kami balik luse. Jdi hritu je aku ada masa tuk cri duit lebih. Tak lama lepastu homestay tu call minta tolong kemas uma dia. Aku pun pergi dengan hati gmbira . Dapat buat part time boleh tambah duit untuk blik kampung. Penat tu penat. Aku lupakan segala kpenatan tu.
Aku balik layan ragam anak aku lagi dan kemas rumah masak. Balik je suami aku . Aku bagi tau duit dah cukap . Dia pun oka. Lama lepastu dia bagi tahu dia ade hal kat tempat kerja dia jadi kami blaik lepas habis waktu kerja dia. Tapi kena pakai baju sukan. Sebab ada aktiviti apa entah. Seluar sukan dia tak ade . Dia pun buntu. Aku lagi lah dengan duit tak ade macam mana aku nak tolong. Aku diam dia pun diam.
Tak lama pastu aku tengok dia msg kwn dia. Aku baca dia minta kawan dia duit. Urgent nak guna katanya, aku tanye nak buat apa dia kata nak beli barang dia yang tak ade tu. Allah sekali lagi hati aku sakit . Time aku mintak dia pinjam kawan dia duit dia bagi beribu alasan tapi bila tuk kepentingan dia laju je. Kcewa aku. Tapi aku diam kan aku buat macam tak ade apa. Dan hrini tibe hari kami balik kampung . Aku tunggu dia balik dari kerja terus gerak balik kampung.
Sebelum tu pagi tadi Aku ade chat kakak aku minta pinjam rm 20 dulu aku nak pakai sebab aku teringin nak makan chicken chop Aku cakap dengan kakak aku petang atau malam aku ganti. Akak aku pun tt duit tu. Smpai je laki aku kat ruuma aku bagi tau dia nanti balik kena bayar kat akak 20. Aku pinjam. Lepastu dia kata nak buat ape? Tak payah la tt balik duit tu kat dia. Nanti nak kena bayar balik. Sedih aku. Macam macam teringin nak makan tapi tak dapat aku diam kan . Kenape ye suami selalu guris kan hati dan perasaan isteri macam Aku.




