assalamualaikum. apa aku perlu buat kalau mak dan adik beradik dah tak suka suami aku. aku dan suami duduk sekali dengan family aku. suami aku kadang-kadang kerja. kadang tak. jadi duit sentiasa tak cukup. tambah lagi aku masih belajar. perbelanjaan rumah memang suami aku tak menyumbang sesen pun. mak aku kata kat aku mak aku penat dah nak menanggung tambah lagi aku ada anak seorang. adik-adik aku juga tak suka dengan suami aku. tak pernah nak membantu kerja dalam rumah.
mak aku kata sekurangnya tolong buangkan sampah pun dah okey. tapi tak.
Bila dia malas kerja dia hanya tido dari pagi sampai petang. mungkin akan bangun untuk makan dan sambung tido semula. dan ye. suami aku tak solat. mak abah aku pernah tegur aku suruh tegur suami solat tapi tak jalan juga. aku pulak yang rasa malu. mak aku pernah kata kat aku, kalau hidup macam ni elok nya berpisah jela mak aku boleh tanggung aku lagi. kalau suami aku tuh dah sedar tanggungjawab dia boleh lah datang cari balik.
Emosi aku tersangatlah terganggu sekarang. tapi sampai bila aku nak menyusahkan mak aku. Aku nak berhenti belajar tapi mak aku tak bagi sebab dah habis banyak. Aku pernah je mintak untuk berpisah tapi suami aku kata aku gilla la apa la. aku sangat tertekan. terlalu banyak buruk dari baiknya suami aku. aku dah selalu ajak suami aku cari rumah sewa. tapi dia taknak. aku tak tahu nak mengadu pada sapa. bagilah aku nasihat yang bernas. tolong.




