Assalamualaikum Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya banjir di tgh panas. Tahun keempat aku begelar isteri kepada sang suami yang amat penyayang, bertanggungjawab dan baik hati.. Sepanjang perkahwinan, tipu la kalau aku cakap tak penah bergaduh.. Tapi hanya sekadar gaduh2 manja.. Bak lagu dato ct, sedangkah lidah tergigit jua inikan pula cinta manusia..
Sepanjang perkahwinan ni, kami belum dikurniakan rezeki zuriat.. Kami telah lakukan rawatan kesuburan, suami tak ada masalah, cuma aku disahkan PC0S.. Segala usaha untuk hamil aku cuba.. Urutan, makan ubat itu ini, senaman, diet sgala bagai aku buat.. Tapi belum ada rezeki jugak.. Hati ini memang nak sangat ada anak sendiri apatah lagi tengok kawan2 yang nikah sama dengan aku da ada 2 orang anak pon.
Bermulala episod duka bagi aku Suami aku mitak izin untuk berp0ligami dia nak kawen lagi dengan alasan dia perlukan zuriat. Allah sedih sayu hibanya aku hanya Allah yang tahu.. Aku pun nak zuriat.. Aku pon ada keinginan untuk hamil, untuk besalin, nak besarkan anak. Dia boleh cakap kat aku sampai bila nak menunggu, end up tungu yang tiada hasil. menangis aku sepanjang malam.. Sampai mig raine aku dibuatnya.
Aku harap aku akan kuat dan terus kuat hadapi dugaan ini. apa jawapan aku pada suami? Aku mitak dia bagi aku masa untuk bagi jawapan ya atau tidak.. aku takut kalau aka kata ya tapi aku tak ikhlas.. Aku takut kata tidak sedangkan suami nak sangat zuriat. Aku tak da jawapan nya sekarag… doakan aku ya kawan2.. Semoga Allah berikan aku rezeki zuriat, semoga aku kuat dan tabah hadapi ujian dan dugaan.. Semoga suami aku tak teruskan niat dia untuk menduakan aku.




