salam min. macam biasa hide profile aku…aku seorang isteri, anak 2 sepasang kecik lagi. Aku tak tau nak meluahkan dekat siapa pasal hal ni. Aku tak nak meluahkan dekat fmly atau kawan2, nanti dorang pndang buruk kat laki aku. Cume dalam ni je aku boleh bercerita sebab bukan ade sape pon kenal kami.
Umur aku awal 20an. kisahnye macm ni, aku stress dengan laki aku sebab dia sangwt2 berkira dengan aku. Aku anak beranak tinggal dengan mertua aku. bab nafkah bulanan memang dia tak kasi sejak dari mula kawin. Dah 4 tahun kite orang kawin. Sape yang duduk dengan mertua mesti paham macam mane perasaan aku.
Makan hati, terasa sebab kena sindir dan perli semua tu sesalu aku rasa. Lagi2 bila laki aku ni anak mak. Ape2 semua dia cume lebihkan mak dia. Hal kerja atau kehidupan harian dia semua dia report kt mak dia. Smpai kan aku sebagai isteri pon tak tau dia kat mana dan buat apa. Dia bila balik kerja je terus cari mak dia. Apa2 semua mak dia.
Aku dia tak pandang pun. Layan aku pun ala kadar. Dia tak tau ke aku pun perlukan perhatian dan belaian dia? bab duit, Laki aku dia boleh kasi kat mak dia beribu pun tak ape tapi aku rm100 sebulan untuk berlanja barang keperluan sendri pun payah. kadang tu ade lah dia bagi dalam 250 untuk beli barang anak dan barang daput rumah mak dia.
Tapi bila kiteorang bergaduh pasal ni, dia ckp “aku ade bagi kau duit kan bulan2 untuk beli barang” ?. Yang dia kasi tu duit beli barang dapur dan barang anak. Bukan duit nafkah aku. Tapi tu dia pikir sekali dengan nafkah aku.. nafkah battin jangan cakap lah. ebulan lebih kadag2 baru dia bagi.
Hmmm aku buntu aku tak tau ape aku nak buat. Aku sedih sebab dia buat aku isteri dia macam ni. Dia tak pikir ke aku banyak berkorban menghambakan diri aku dekat dia dan mak dia sejak kawin. Sampai kadang2 aku pikir nak lari jauh2 dan cari seseorang yang boleh hargai aku..
aku nak mintak jasa baik orang2 dalam krt ni, bagi nasihat, pendapat apa patut aku buat. Aku penat pendam semua ni sendiri. Aku jeles dengan orang yang laki dia layan dia baik romantik penyayang , jalan kt luar pimpin tangan tak lepas.
Yang aku pikir sebelum kawin dan selepas kawin sangat lah terpes0ng jauh.
Aku kawin muda. Aku ingat kawin ni best. tapi aku silap. Aku nak cakap menyesal kawin pun anak dah 2. Aku orang johor, duduk dan tinggal dengan mertua di negeri 9. tu je dari aku. mohon nasihat dan pendapat dari makcik pakcik bawang salam.




