Assalamualaikum Min dan semua warga KRT. Mungkin apa yang akan saya cerita ni tiada kena mengena dengan masalah rumahtangga dan mungkin akan ada orang yang akan anggap kisah saya ni hanya rekaan semata2. Tapi apa yang saya nak kongsi ni mungkin ada sedikit pengajaran yang boleh di ambil. Umur saya awal 30an saya adalah anak sulung daripada 5 adik beradik dan satu2nya anak perempuan.
Kehidupan zaman kanak2 saya sangat susah, ibu saya terpaksa bekerja keras untuk bela kami adik beradik sebab ayah saya kaki juddi dan tidak bekerja. Setiap hari ibu akan tinggalkan kami adik beradik dekat rumah mak cik sebab ibu nak pergi kerja dan kebetulan mak cik dan pak cik tu tak ada anak jadi dia sangat sayang kami adik beradik terutamanya pak cik, dia sangat sayangkan saya.
Masa tu umur saya 5 tahun saya ingat lagi pak cik paksa saya untuk buat Benda tu saya cuba nak lari tapi malangnya saya hanya seorang kanak2 yang bertubuh kecil dan tak mampu untuk melawan kuderat seorang lelaki yang berusia 50an, saya hanya mampu menangis. Selepas itu saya balik cerita dekat ibu saya dan ibu saya terus buat laporan polis.
Alhamdulillah pak cik tu kena penjara maksimum 20 tahun. Selepas kejadian tu ibu berpindah ke negeri lain dah saya telah diserahkan kepada mak cik saya seorang ustazah untuk dijaga kerana mak cik saya takut benda yang sama akan berulang lagi kepada saya. Selepas 4 tahun, ibu ambil saya semula untuk dijaga kerana ibu telah pun berkahwin dengan lelaki lain dan ibu yakin yang ibu mampu menjaga saya.
Saya tak pasti bila ibu berpisah dengan bapa saya, yang saya tahu ibu saya dah berkahwin dengan seorang lelaki warga bang1a yang jauh lebih muda dari ibu saya. Saya panggil ayah tiri saya uncle, uncle dan ibu satu tempat kerja. Uncle seorang lelaki yang baik dan sayang kami adik beradik. Satu hari ibu saya pergi kerja dan tinggalkan saya dan adik2 dekat rumah dengan uncle.
Disebabkan masih awal pagi lagi uncle ajak saya tidur satu selimut dengan saya, tiba2 saya rasa macam kemaluan uncle terkena dekat badan saya dan saya mula rasa tak selesa. Saya sedar apa yang uncle buat tu salah, saya cuba mengelak tapi uncle paksa saya untuk tidur peluk saya. Sejak dari tu uncle selalu paksa saya tidur sama2 kalau ibu tiada tapi saya uncle tak pernah dapat r0g0l saya sebab saya akan melawan.
Sejak dari tu uncle jadi panas baran selalu pukkul ibu, saya dan adik2 ada je uncle cuba cari salah. Uncle selalu cium2 dan g0m0l2 saya dan kadang2 uncle suka gigit saya. Pernah sekali uncle gigit sampai merah dada, saya ngadu dekat ibu. Lepas itu saya tengok ibu marah2 uncle tapi tak lama lepas tu uncle pujuk ibu dan ibu pun ok. Hidup saya terseksa sehingga umur saya 12 tahun.
Setiap malam saya tidur dalam keadaan ketakutan sebab uncle dah berani masuk bilik saya untuk cabbul saya. Saya melawan tapi saya tak mampu nak menjerit sebab uncle uggut kalau saya menjerit atau bagitahu orang uncle akan pukkul ibu dan adik saya teruk2, memang selalu ibu kena pukkul dengan uncle sampai darrah2 saya kesian sangat tengok ibu. Setiap kali uncle ganggu saya,
saya akan luahkan dalam buku sebab saya tak tahu nak cerita dekat siapa. Uncle sangat cemburu kalau saya keluar bermain dengan kawan2 lelaki. Kalau dia nampak mesti dia nak cari salah saya dan pukkul saya teruk2 depan ibu, ibu tak mampu nak buat apa2. Sampailah suatu hari uncle kena tangkap dengan imegresen sebab passport tamat tempoh.
Ibu sedih sangat masa tu sebab uncle nak kena balik bang1a tapi saya bersyukur sangat2 sebab dah lepas dari mimpi ngeri selama ni. Sebelum kena hantar balik bang1a ibu bawak kami jumpa uncle dekat imegresen dan ibu suruh kami minta maaf dengan uncle sebab kami dah banyak susahkan uncle selama ni. Hati saya sakit sangat masa ni tapi saya ikutkan je sebab saya sayang ibu.
Lepas beberapa bulan ibu terjumpa dairi saya dan ibu menangis dan marah kenapa saya tak cerita semua ni dekat ibu, saya jawab “ SEBAB SAYA SAYANG IBU “. Selepas 5 tahun ibu berkahwin sekali lagi dengan lelaki muda dari ibu dan kali ini dengan orang Malaysia. Saya kini lebih berani bersuara dan saya menentang bila ibu beritahu yang ibu nak berkahwin lagi.
Tapi sayang ibu tetap bertegas nak kahwin dengan budak lelaki yang hanya beza 5 tahun dari saya. Saya marah sebab lelaki tu baru je kenal ibu dan lelaki tu tak bekerja. Ibu saya bukan kaya pun kami hidup miskin sampai nak sekolahkan kami pun ibu tak mampu. Saya hanya bersekolah hingga darjah 6 sahaja. Adik2 saya pun sama. Ibu tak ambil berat tentang pelajaran anak2 ibu sibuk kerja cari duit untuk hidup.
Akhirnya ibu kawin jugak dengan lelaki tu yang saya gelar W, sebulan ibu lari tinggalkan saya dengan adik2 sebab saya marah ibu kahwin dengan W. Duit makan adik2 semua saya cari sendiri. Kadang2 kutip sayur2 yang orang buang dekat pasar malam. Sedih bila fikir balik, ibu letak syarat kalau nak ibu balik kena terima W sebagai ayah. Saya terpaksa akur sebab adik2 saya masih memerlukan ibu.
Akhirnya ibu balik bawa W bersama, saya langsung tak tegur ibu dan W. Selepas 2 minggu ibu balik ibu dan W bergaduh besar dalam bilik saya dengar macam ibu kena pukkul, adik2 saya semua takut duduk dalam bilik saya, saya beranikan diri untuk tengok ibu saya dalam bilik. Bila saya buka pintu tengok ibu dah pengsan kena pukul dan W cuba tumbuk saya sebab masuk campur.
Saya tak tahu dari mana kekuatan saya ada untuk pukkul W saya bertumbuk dengan W habis lebam pipi saya kena tumbuk. Disebabkan saya dah hilang waras saya terus capai pisau untuk tikkam W tapi ibu sedar dan menjerit ambil pisau dari tangan saya. W terus pukul saya lagi, saya terus ambil batang besi pukul W sekuat2 hati saya sampai berdarah2 dia lari keluar rumah.
Saya buat semua ni semuanya sebab ibu, tapi apa yang paling sedih bila ibu cakap “ TOLONG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN MEREKA” Ya Allah sedihnya saya masa tu tuhan je tahu, ibu langsung tak tengok luka dan lebam dekat muka saya. Masa tu saya dah nekad yang saya akan keluar dari rumah tu. Kebetulan memang ada seorang lelaki ni yang suka dekat saya dan nak kahwin dengan saya, saya pun suruh lelaki tu minang saya.
Walaupun saya tak suka lelaki tu tapi saya tahu lelaki baik dan orang senang sebab ibu masih sayangkan W dan ibu taknak berpisah dengan W. Tak lama lepas tu saya pun berkahwin. dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Namum perkahwinan saya hanya bertahan 4 tahun sahaja saya redha dengan semua ujian ni. Lepas bercerai saya berhijrah ke KL dan anak2 saya bekas suami yang jaga.
Mungkin ada ramai yang tanya kenapa saya tak jaga. Saya yang setuju anak2 bekas suami yang jaga sebab bekas suami tinggal dengan mertua dan mereka dari keluarga yang senang. Saya tak nak pentingkan diri dan menyusahkan anak2 saya dengan hidup merempat sebab saya tak ada duit dan bukan keluarga yang senang. Saya datang KL sorang diri tanpa ada kenal sesiapa.
Sebelum saya datang KL, saya kerja part time hotel dan kumpul duit untuk beli tiket datang KL. Sebab saya dapat kerja taska makan minum semua disediakan. Oklah untuk permulaan hidup baru saya. Semasa saya di KL saya berkenalan dengan seorang lelaki yang baik dari segi tutur kata dan berbudi bahasa saya gelar lelaki itu A , Alhamdulillah dia sudi menerima saya seadanya.
walaupun A berasal dari orang yang baik2, berpelajaran tinggi dan senang tapi A tak kisah dengan kisah silam saya dan keluarga saya. A nak saya jadi isterinya saya pun terima dengan hati yang senang lagipun anak2 saya yang dikampung selalu jugak saya bawak berjumpa A. Bekas suami pun saya dah bawak berjumpa, semuanya OK cuma mak A tak boleh terima saya sebab status saya sebagai janda.
saya ambil masa 5 tahun untuk pujuk mak A tapi tak Berjaya. Akhirnya kami bernikah tanpa pengetahuan mak A dan saya diwalikan oleh bapa saya. Selepas setahun kami berterus terang dengan keluarga A yang kami dah bernikah pada awalnya semua ahli keluarga A marah2 dengan saya, tapi saya terima je. Lama kelamaan mak A dah boleh terima saya.
Mungkin sebab saya tengah kandungkan cucu dia.
Alhamdulillah A seorang suami yang sangat sempurna dimata saya sepanjang perkahwinan kami saya sangat bahagia bersama keluarga kecil kami. A sangat hormat ibu dan W walaupun A tahu semua pasal kisah silam saya. Tapi kini saya di uji lagi sekali, saya dapat tahu yang saya ni anak luar nikah ibu. Ya tuhan sedihnya hati saya kekecewaan saya terhadap ibu dah ditahap kemuncak.
Sampai hati ibu rahsiakan semua ni dari saya, saya dapat tahu bila saya terjumpa surat cerai ibu dengan bapa. Bila saya tengok tarikh nikah ibu bapa saya sangat meragukan, Akhirnya apa yang saya syak betul dan ibu mengaku saya sememangnya anak luar nikah. Saya terus terdiam dengan pengakuan ibu.
Apa yang saya fikir hanya satu SAH KE PERKAHWINAN SAYA DENGAN A? Sebab bapa walikan saya sedangkan saya anak luar nikah. Saya tak nak tahu siapa bapa saya. Saya cuma kesiankan A kami baru nak bahagia. Saya dah rujuk ke jabatan agama dan kes kami masih dibicara. Sekiranya tidak sah perkahwinan kami akan dibuburkan tapi A masih mahu terima saya sebagai isteri dan A sanggup menikahi saya semula sekiranya kami terpaksa berpisah.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana memberiku ujian yang sebegini hebat. Kini semakin hari semakin aku faham kenapa ibu selalu tak kisah pasal apa yang uncle buat pada aku dulu. Aku makin paham tentang gigitan2 uncle tu adalah love biite, tapi tergamaknya seorang ibu membiarkan anak gadisnya diperlakukan begitu tanpa berbuat apa2?
Mungkin ibu sememangnya sudah tahu setiap perbuatan uncle tapi ibu memilih untu diam. Dimana sifat keibuan mu wahai ibu.
Sesungguhnya aku sangat kecewa saat ini ibu, sehinggakan aku tidak mampu untuk memandang wajah mu lagi. Wahai ibu tidakah kau tahu betapa terseksanya aku selama ini demi melihat mu bahagia. Wahai ibuku sekiranya aku tidak mampu lagi untuk memanggilmu atau memandangmu maafkan aku ibu kerana hati ku terlalu terluka. Terima kasih yang sudi membaca. Doakan saya kuat untuk menghadapi semua ini.




