Salam admin.. Mohon hide profile aku ye.. Aku nak mintak pendapat la kt pembaca semua.. Apa harus seorang suami seperti aku buat untuk memenangi semula hati isteri aku. Untuk pengetahuan. Aku dah 10 tahun berkhawin dan ada 2 orang anak yang comel. Aku kerja kerani je Isteri aku pulak keje professional tap dia tak pernah pandang rendah pada aku dan selama ni setia pada aku selain ibu yang baik untuk anak2 aku…
Perbelanjaan rumah tangga dia yang banyak membantu tanpa berkira dengan aku.. Yang selalu buat masalah adalah aku. Sepanjang 10 tahun ni dah 3 kali aku kantoi ada affair dengan anak dara, janda dan yang terbaru isteri orang.. Kini aku dah sedar aku lalai selama ni… Aku jauh dr Allah.. Setiap kali isteri aku nasihat pasal solat. Aku ckp isteri aku perasan bagus. aku muda lagi. isteri tua 2 tahun dari aku.
Tapi sekarang aku dah sedar dan aku bertaubat. aku tengah perbaiki diri aku Cuma aku masih gagal memujuk isteri aku untuk yakin kan dia yang aku betul2 dah taubat. Dia masih menangis bila teringat kecurangan aku.. Apa yang harus aku buat untuk yakin kan dia. Hnya dia yang aku cinta dan sayang. Aku nak bersama dia hingga ke hujung nyawa aku.. Mohon bagi idea kt aku.




