salam semua, mintak admin hidekan profile saya tq. saya nak mintak pandangan akak dan abang2 dalam page ni. macam ni, suami saya anak bongsu nak tak nak dah khwin kena dudu 1 rumah dengan mil, mil tinggal sorang sebab anak2 yang lain menetap di bandar.. masalah nya, saya dengan mil selalu berlaku perselisihan faham sebab mil suka masuk campur dalam hal rumah tngga kami.
Kalau bab masak, lepas saya masak dia akan masuk dapur dan masak untuk dia pulak.. tu saya tak kisah laa sebab cita rasa orang sume lain2.. agak nya tekak dia tak kena dengan masakan saya, tapi bila saya masak ada lebih, esok nya terus dia buang, padahal elok lagi.. tapi masakan dia sampai 5 hari dia masih hangatkan.
Bila kucing lapar di cedok nya kuah saya masuk gaul bagi kucing makan masak lomak cili api p0daih weyh. betapa dia nak tunjuk masakan saya level2 kucing makan agaknya. saya jadi mula tak berapa suka bersembang dengan dia sebab dia selalu memfitnah orang dan buruk2 kan orang..
Saya selalu fikir nak duduk asing dari mil, tapi suami tak izinkan sebab tak ade sapa nak jaga mil saya.. lagi pun mil saya dah 70an tapi masih sihat dan kuat macam orang 40an. bila orang datang dia selalu burukkan anak menantu dia depan orang. bagi dia benda tu lawak.. Btw , saya dah kahwin hampir 5tahun dan mempunyai 2 cahaya mata.
Di sini soalan saya adakah saya patut tinggal di rumah lain atau stay situ sampai bila2? saya mintak nasihat kakak dan abang2 yang dah lama menempuh pahit suka duka berumah tangga. terima kasih semua.




