Assalam semua sahabat. Terima kasih admin siarkan kisah saya. Saya nak tanya sahabat kenape Allah tak makbulkn doa kita? saya berdoa pada Allah amik lah nyawa saya sungguh saya dah tak mampu untuk hadapi dugaan demi dugaan.. nasib semua orang tak sama, jika dapat suami terbaik mereka antara isteri yang bertuah. berbelas tahun perkahwinan saya suami seakan menggangap saya smpah semata2.
Saya tak mintak harta yang banyak. cukup bagi saya sedikit nafkah untuk saya beli keperluan saya, duit tu tak kemana pun separuh duit tu saya gunakn untuk beli barang dapur, arini seperti hari sebelumnya saya mintak sikit duit untuk belanja sebab dia baru dapat gaji saya minta rm200. untuk bayar bil dan belanja saya dia bagi saya cuma rm150 sambil merungut. aku banyak lagi hutang nak bayar! katanya.
Sebenarnya hati ni tak lah sedih sangat tapi tadi saya ade mendengar ceramah ustaz semakin banyak kita bersedekah kepada isteri semakin bertmbah rezeki suami, memng benar, selama perkahwinan apabila saya mintak duit ibarat saya mengemis. kadang bila mood dia panas dia akan baling duit tu pada saya. saya dh biasa. dimana ye saya nak mula.
kalau skarang saya membuka aib suami saya mohon Allah ampunakn saya. sesungguhnya saya cuma manusia biasa, saya bukan malaikat. selaama ini saya bertahan saya buat semuanya seorang diri. saya cuba menjadi isteri yang terbaik saya korbanakn diri saya untuk suami kalau makan saya cuma akan makan sisa suami, kesemua anak2 saya lah yang menjaga dan membesarkan.
kadang suami tak mampu beri duit saya ikhtiar dengan melakukan pelbagai kerja demi membantu,sejak perkahwinan suami tak pernah smbut hari jadi atau aniversary perkahwinan kami, tak pernah beri saya hadiah tak pernah beli saya baju kalau beli pum cuma hari raya itu pum cuma sepasang, adaakah saya seorang isteri yang materialistik? Tidak, sebab setiap bulan saya guna duit sendiri untuk beli apa yang saya nak.
Bila saya mintak dengan suami dia cuma bagi rm10 untuk beli lauk dan kalau dapat gaji dia akan bagi saya rm100, bukan itu yang membuatkn saya sedih saat ini. saya sedih mengenangkn nasib saya tak seperti isteri lain, suami akan memgambil berat dan sentiasa menjaga kita, bila saya sakit deman, saya pegi klinik sendiri. bila anak sakit saya yang bawak pegi hospital.
kalau ari perayaan saya balik umah mertua setiap tahun spanjang perkahwinan. Kerana suami tak mau pulang kekampung saya, masa saya melahirkan anak saya lah yang uruskan semua. bila anak sekolah saya lah yang akan berurusan tentang anak sekolah, bila kereta saya rosak saya tek kawan2 mintak tolong. kesimpulannya saya seperti ibu tunggal.
Saya cuba jadi yang terbaik saya cuba bersabar saya layan suami seperti raja dia nak makan suruh hidangkn. bila dia balik dari lepak pagi2 buta dia nak makan saya buatkan, bila saya pening saya sakit saya mintak tolong anak2 bila saya dalam kesedihan dia tak peduli langsung, bila saya menangis dia tak pernah lap airmata saya seperti mana arwah ayah saya lap airmata saya, bila saya mintk sokongan dan pendapat dia merendahkan saya buat saya down dan stress.
Dia mengkritik saya mmasak tak sedap, padahal saya masak dengan seikhlas hati dan anak2 tidak merungutpum dengan masakan saya even kawan saya sendiri mengatakn saya masak ok je. yang pelik saya abis jugak dia makan, kalau tak sedap dia kutuk2 saya kalau sedap abis licin dia makan tanpa ucap trima kasih, saya tak tau di mana salah saya apa dosa saya Allah uji saya begini.
kini saya buntu sebab saya sebatang kara tak de siapa untuk saya mengadu,.hati saya hancur dan sedih kadang tak dapat saya selindungkan kesedihan saya bila airmata saya mengalir depan anak2, saya tak cukup kuat sahabat krt semua. Allah bagi saya dugaan suami begini betapa sedih hati saya dia tak menghargai saya sebagai isteri. Allahhuakbar saya sudah hilang keyakinan diri nak mengadu di pejabat agama rase macam tak kuat untuk hadapi sebagai seorang ibu tunggal tapi saya dah semakin tua.
Saya tak boleh harapkan anak2 disisi saya, saya cuma harapkan seorang suami dan teman yang akan memjaga sakit deman saya satu hari nanti, yang akan menjadi teman untuk saya meluah perasaan dan bermanja. saya dah tak punya sesiapa. ayah, ibu.. saya cuma berharap saya kuat dan tabah.
Andai kata esok saya dah tak kuat untuk hadapi ini lagi saya berdoa saya akan berjumpa suami yang baik di syurga nanti. Semoga Allah melindungi anak2 saya kerana merekalah segalanya bagi saya. mohon semua sahabat. doakan saya tabah hadapi dugaan Allah buat saya. doakan saya temui sinar bahagia suatu hari nnti. Aamin




