Assalamualaikum Buat Semua Warga KRT Yang Dirahmati Dan Dikashi Allah SWT. Sekadar ingin melepaskan rasa terkilan buat isteri. Kerja aku keluar gelap balik pun gelap kadang ada kalanya hanya sekali sempat makan pagi sewaktu berkerja dan balik rumah baru untuk aku nak makan walaupun lapar tapi itulah rutin harian aku sebagai seorang buruh…
kebetulan hari ini aku sampai rumah dalam pukul 8 malam lebih dan sampai sahaja kat rumah. Aku baru saja melabuhkan punggung duduk di kerusi aku lihat isteri dan anak aku sedang makan sedap aku ingatkan ada la pelawa aku untuk makan sama tapi aku seperti tunggul terbiar dan aku pun fikir je yang baik2 mungkin lepas dia makan pasti akan akan siapkan makanan untuk aku…
rupanya habis saja dia makan terus tengok tv dan aku yang dan kelaparan sebelumnya terus terasa hilang selera nak makan kerana aku benar2 tersentuh dengan sikapnya itu. ketika inilah aku teringatkan dan terlalu rindukan arwah emak jika dia ada pasti aku ada tempat mengadu. apa2 pun aku anggap ini semua kifarah diatas2 dosa2ku yang lalu. Semoga Allah menyembuhkan gastrik ku.




