Salam. Tolong hide profile aku min
Aku tak tau macam mana nak mulakan cerita aku ni . Harap2 mak cik bawang sekalian tak kecam lah . Aku umur 20an dan laki aku pulak umur 30an , aku dengan laki aku baru setahun lebih kawin hmm . Macam ni min, laki aku ni anak tunggal min. Dan dia ni duda anak dua. Aku kenal dia lepas dia dah bercerai .. aku bukan penyondol ye . Tapi tu bukan masalah nya sekarang ni . Aku tak tau nak luah kat sapa lagi. Makin hari aku pendam makin menanah dalam hati aku ni min .
Ni tentang mil aku min , laki aku kan anak tunggal. Awal2 kawin dulu ok, tapi sekarang ni makin menjadi2 . Aku tak nafikan mil aku ni baik , soft spoken je orang dia. Tapi satu je.. aku syak mil ak ni tak puas “BESARKAN” laki aku min . Dia macam tak boleh nak move on dan tak boleh trima hakikat anak dia dah besar . Semua benda dia nak jaga sampaikan benda2 dlm bilik tidur kami pun dia nak “jaga”. Btw aku ni bekerja , anak2 aku semua mil aku yang jaga.
Apa yang aku maksudkan dengan “jaga” ni contohnya cadar dalam bilik aku pun dia nak tentukan , pastu kan min bila aku tak ada dia akam masuk bilik aku min . Aku hidup dengan laki aku ni dah rasa macam budak2 ja. Aku tak rasa aku ni bini laki aku. Tapi lebih pada anak mil aku. Semua benda dia nak control sampaikan perbelanjaan kami pun dia sibuk nak cut sana cut sini.
Apa yang ak beli untuk barang rumah semua dia nak condem, sabun ni tak ok la, butter ni tak sedap la, yang ni Mahal la , yang dia beli lagi elok la. Yang aku tension nye min , aku beli pun dah cukup besar nikmat lah. Aku ni jenis beli barang ikut yang mana hati aku berkenan dan aku tak kisah even Mahal sikit asalkan aku sedap nak memakainya. Lagi pun Tu hasil duit aku kerja. Salah ke min aku nak beli apa yang aku suka .
Pasal anak2 aku pula , baru2 ni birthday anak sulung aku. aku ni punya la usaha tak nak anak aku leka dengan gajet. So aku ada belikan anak aku ebook. Mil aku simpan min , dia cakap nanti rosak kalau biar anak aku main. Dah tu , dah nama pun budak biar la dia nak main macam mana pun buku tu. Memang tujuan aku beli untuk dia tengok. Bukan untuk simpan buat khazanah. Anak kecik aku pun mil aku jaga time aku keja. yang ni paling ak terasa min.
Aku nak sangat anak aku minum susu aku ja tiap kali aku pergi kerja aku akan tinggalkan stock susu tapi mil aku bagi susu fm kat anak aku .. sedih hati aku min tengok susu bersusun dalam peti hmm . Mak aku ada bagi buai, bantal, tilam semua untuk anak kecik aku masa aku beranak ritu tapi semua barang2 yang mak aku bagi dia nak simpan. Dia keluarkan barang2 baby yang laki aku pakai masa dia baby dulu.
Kau bayangkan min, 30 tahun dah usia barang2 Tu . Semua nak ikut cara dia . Baju anak aku yang ak pakaikan pun kadang2 tak kena. Dia Akan tukar lepas aku pakaikan.. sedangkan aku rasa dah habis elok aku siapkan anak aku. Anak aku min.. Kalau aku masak kat laki aku min.. dia akan masak benda lain so that laki aku tak makan apa yang aku masak , tinggal lah dalam peti ais apa yang aku masak tu.
Terasa aku min. Penat lelah ak masak sebab nanti bila aku pegi keja nanti dia senang nak panaskan je.. tapi bila aku balik aku tengok laki aku tak makan pun.
Laki ak divorce pun sebab ex wife dia sebelum ni melawan cakap mil aku .. sampaikan diaorg gaduh besar sebab mil aku ni la min terlalu control sangat hmm. Aku ni plak jenis memendam. Apa la nasib aku ni min .
ku nak sangat privasi dalam me jadi ibu of anak2 aku dam wife to my husband. Jangan suruh aku pindah duduk rumah asing sebab laki aku memang tak nak tinggal parents dia. Anak tunggal Kan. Tapi tu lah. makin aku pendam makin merana jiwa aku. Kadang2 Rasa nak balik duduk dengan mak aku je . Tapi nanti aku rindu laki aku pulak kalau pjj . Tolong lah bagi kata2 smangat kat ak untuk aku terus bersabar.




