Salam semua. Mohon hide profile sedara saya ye min. Sebelum saya nak kemukan masalah saya, saya akan beri beberapa detail dulu ye. Saya seorang suami, ada isteri tetapi belum punya anak. kami baru berkahwin. Saya dan isteri sama2 berkerja.. Sebelum berkahwin, kami bercinta lebih kurang setahun. Isteri yang akan hantar dan ambil saya dari kerja sebab waktu balik saya tak tetap.
Okay. Masalahnya camni. Sekarang saya buntu macam mana saya nak yakinkan bini saya yang saya tak curang dengan dia. Bini selalu rasa insecure. Kalau saya balik lewat je mesti dia akan tanya saya adakah betul saya bekerja atau saya pergi keluar dating dengan perempuan lain. Bila dia hantar saya pergi kerja, dia akan pastikan yg saya betul2 dah masuk office, baru dia gerak ke tempat kerja dia.
Macam tu juga kalau dia ambil saya balik dari kerja. Tak kisahla kalau saya balik lewat sekalipun, dia akan tunggu depan office dari pukul 6pm (sebab dia dah balik kerja), sampailah waktu saya balik even pukul 12am sekalipun. Dia sanggup tunggu depan office berjam lamanya. Saya dah suruh dia balik rumah dulu tapi dia tak nak.
Dia tetap nak tunggu juga Actually semua ni bermula selepas dari kejadian saya balas salam sorang kenalan perempuan ni. Perempuan tu beri salam kat whatsapp, saya balas lah salam dia balik. Bila bini saya dapat tau saya balas salam perempuan tu, dia mengamuk macam gorilla, baling semua barang. Saya bukan curang min. Saya cuma balas salam perempuan tu je.
Bini pula cakap “tak payah la nak balas salam perempuan tu. Balas salam dalam hati dh cukup. Bukan Allah tak tau yang awak dah balas salam perempuan tu. Perempuan ni kalau sekali awak reply text dia, automatik awak macam dah bagi harapan kat dia”. Betul ke puan2? Ke bini saya yg lebih2 reka cerita?
Sejak dari itu, phone saya bunyi je dia tanya tu sape. sedangkan tu notification dari ML je pun. Kadang saya penat juga nak menjawab. Saya tak tau lagi macam mana saya nak yakinkan dia bahawa saya tak curang. Tak pernah terlintas pun kat fikiran ni nak curang dengan bini. Saya sayang sangat kat bini saya.
Dia bekerjaya dia jaga makan minum saya jaga pakaian saya dia berpelajaran dan dia sanggup tinggalkan keluarga dia untuk bersama saya sebab keluarga dia tak izin dia masuk Islam. Lupa nak bagitau bini saya seorang mualaf. Kalau saya terpandang perempuan je mesti dia mengamuk. Dia cakap saya tak hargai dia sebagai bini saya.
Password dan pin phone, laptop, semua kad atm saya pun dia tau. Saya tak sorok apa2 dari dia tapi rasa insecure dia tu tak boleh buang jauh hanya kerana 1 insiden kecik tu je. Tolong bagi idea kat saya macam mana saya ambil balik kepercayaan dia. Saya tak nak dia tinggalkan saya sebab saya tahu yg bini saya ni jenis yg berdikari.
Kalau saya tak ada pun dia masih boleh berdiri di atas kaki sendiri. Dia pernah ugut saya untuk tinggalkan saya sekiranya benda ni terjadi lagi. Saya tak nak hilang bini. Bini macam dia susah nak cari. Tolong sangat2 warga krt. Terima kasih.




