Salam warga KRT. selama ni aku cuma jadi pembaca dalam group KRT tapi hari ni aku nk bekongsi kisah hidup aku sndri.. suami aku ( S ) kami berkenalan tak terlalu lama. mungkin jodoh selepas 5 bulan bekawan kami amik keputusan untuk kawin.. walaupun aku tau S tak ada duit nak kawin aku cakap tak ape. aku usaha cari duit untuk bantu dia.
sampai la lagi seminggu nak kahwin dia masih tak ada duit dan aku amik keputusan untuk advance dengan company aku sebanyak 2K. aku masuk dalam sampul elok2 aku bagi dekat S untuk S serah kan dekat Ayah aku. Alhamdulillah akad nikah kami berjalan lancar. aku sah menjadi isteri kepada si S.
walaupun dia tak dapat jelas kan masa kahwin aku dengan penuh tapi aku tak kesah.. aku tak berkira soal duit.. aku ikhlas kahwin dengan S sebab aku rasa dia seorang lelaki yang aku cari selama ni walaupun kekurangan dari segi duit dan harta. Awal perkahwinan kami hidup bahagia.. selepas 2 bulan kahwin aku disahkan hamil anak pertama kami..
Oh lupa nak bgitau S ni sejak kahwin dia bekerja sebgai driver lori ayam. jadi setiap malam la dia tak ada dekat rumah sebab waktu kerja dia memang malam je. sepanjang aku hamil tu memang jarang la nak bemanja dengan S sebab kami susah juga nak bejumpe. dia keje malam balik pagi. pagi pulak aku pegi keje balik dah petang jadi masa tu cuma 3/4 jam je yang kami ada.
Tapi sayangnya S tak pernah gunakan masa yang ada untuk luangkan masa dengan aku. dia lebih banyak memilih untuk luangkan masa melepak dengan kawan2 dia. bermulalah episod duka aku.. aku marah S sebab tak penah nak ada masa untuk aku. dari awal aku mengandung sampai la hari aku nak bersalin.
16/9/2016 – Alhamdulillah aku selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat sempurna dan comel.. lepas 2 hari keluar dari wad aku terus balik berpantang di kampung. dalam tempoh berpantang S jarang balik untuk jenguk aku dan anak.. aku faham dia tak ada duit tapi aku rasa terkilan sebab dia langsung tak pernah belikan lauk untuk aku makan ketika berpantang.. habis je pantang aku terus balik jb dan mula bekeja seperti biasa..
hari demi hari bulan demi bulan masuk tahun kedua perkahwinan ku. aku disah kan hamil anak no 2.. kitaran dan waktu terus berjalan dalam diam rupanya S berscan dle dengan perempuan tempat keje dia. permpuan tu bukan bujang tapi isteri orang. aku gelarkan dia ( E ). sebenarnya S ni dah banyak kali kantoi dengan aku yang dia selalu whatsapp dengan prmpuan lain..
tapi aku tetap bagi peluang dan aku maafkan lagi. aku tak kesah selama dia jadi suami aku dia tak penah bagi aku nafkah dari segi duit. aku tak kesah suami aku orang susah aku tak kesah suami aku cuma ada kereta kancil aku tak kesah suami aku keje bawak lori ayam. tapi aku terkilan dan sangat2 kecewa bila dia menduakan aku..
24/1/2018 – Alhamdulillah aku selamat bersalin anak no 2.. baby girl yang sangat comel sangat sempurna.. aku ditahan dalam wad selama sminggu.. lepas je aku keluar wad aku terus balik rumah berpantang di rumah sendiri.. tapi Dugaan Allah berikan kepada aku. baru seminggu melahirkan anak no 2 suami aku kantoi dengan si E.. aku meroyan.. dalam perut yang baru seminggu kene belah aku keluar rumah jalan kaki tak tentu arah..
tapi dia pujuk dia minta maaf dia menyesal katanya dengan perbuatan dia. aku maafkan lagi.. aku cuba untuk terima dia semula.. hari terus berganti hari rupanya dia tak penah putus kan hubungan dengan E.. diam tak diam dia becinta dengan E dah setahun lebih.. lagi sekali kantoi whatsapp panggil B SAYANG..
Aku kuat kan diri aku nak pertahan kan rumahtangga aku demi anak2 aku.. walaupun dia penah tampqr aku dia tolak aku dari tangga kebawah aku tetap nak hidup besama lagi dengan dia.. tapi sayang aku b0doh. aku bod0h percaya kan lelaki yang selama ni aku anggap syurga aku..
S buruk kan aku dekat E. S kata aku tak pandai masak. aku gemok. aku pemalas. aku tak faham dia.. hmm aku malas nak marah sebab aku tau aku bukan macam ape yang dia burukkan. tapi demi nak memenangi hati isteri orang tu dia sanggup burukkan dan menghina isteri dia sndri..
S ni dari awal tak pernah jalan kan tanggungjwb dia sebagai suami dan ayah yang sempurna. boleh dikatakan setiap bulan duit gaji aku ni saja keluar untuk anak2 dan keperluan harian. aku tak kisah dan aku tak berkira.. mak abah dia mama ayah aku juga banyak membantu untuk beli susu pampers dan keperluan anak2 kalau aku tak ada duit tengah hujung bulan..
S penah cakap aku tak ada hak nak masuk campur urusan peribadi dia. aku takde hak nak usik barang2 dia.. 1sekarang aku da tak tinggal sebumbung dengn S aku bawak anak2 aku tinggal dirumah keluarga aku.. selama aku balik rumah keluarga aku S tak kesah dan tak cari aku pun.. bila aku tanya dia cuma cakap dia dah bosan dengn aku. dia bertahan dengan aku sebab anak..
aku rasa dah tiba masa untuk aku move on.. walaupun aku terpaksa jadi janda pada umur 24tahun aku redha. demi kebaikan aku dan anak2.. aku cuma berharap korang boleh bagi aku semangat untuk kuatkan diri aku membesarkan anak2 seorang diri tanpa suami. korang rasa aku amik keputusan untuk bercerai ni keputusan yang betul atau salah? aku doakan kan S & E bahagia atas derita aku slama ni.




