Salam min.. tolong siar kisah aku. tq
Aku dah kawen 7 tahun.. anak 3 orang.. masalah aku sekarang aku dah jatuh cinta kat adik ipar aku sejak 1st tengok dia, tapi aku pendam je sebab aku sayang bini aku, tapi hujung tahun lepas aku nekad luahkn perasaan kat adik ipar aku sebab dah tak tahan sangat pendam.. rupanya dia pun ade hati kat aku.. tapi dia sedar yang aku ni abang ipar dia, so dia abaikan je perasaan tu demi kakak dia..
Lepas dah tau perasaan memasing tu kami makin rapat.. dan sampai satu tahap kami pernah terlanjur.. aku betul2 menyesal, tapi tak boleh nak kawal diri bila dengan dia.. benda tu mesti akan berulang lagi dan lagiiiii.. tapi aku memang ada niat nak nikahi dia satu hari nanti, Aku nak bertanggungjawab, aku yang pecahkn dara dia, so aku yakin dia perempuan yang baik.. aku je yang rosak kan dia..
mula2 dia tak boleh trima tapi bila aku pujuk dan janji akan tanggungjawab dia pun ok.. kami pun tak sangka sampai ke tahap ni.. sebab aku dengan dia memang tak pernah tinggal solat walaupun kami buat benda tu.. sebab aku betul2 sayang dia min aku tak rela kalau dia kawen dengan orang lain dan aku pun tak sanggup hidup bergelumang dosa macam ni..dia pun layan anak2 aku dengan baik..
Bini aku lak jenis suka marah2, kuat bebel, anak nagis pun ditengkingnye, kadang aku balik kerje pun dia tengah marah2 anak.. aku dah macam tawar hati dengan dia tapi aku tetap sayangkn dia macam dulu.. aku dah banyak kali tegur suruh dia ubah prangai baran dia tu tapi tahan la 2, 3 hari lepas tu dia buat balik..
aku stres min.. tapi bila dengan adik ipar aku rasa tenang je sebab dia jenis sekepala dengan aku.. kadang aku nangis sorang2 fikir jalan keluar untuk semua ni.. entahlaa.. aku tau ramai yang akan kecam.. apa ape pun aku cuma nak mintak pendapat pakcik makcik bawang yang suci2 dalam ni.. sebab aku sendiri pun dah buntu.. so aku nak tanya..patut tak aku ceraikan bini aku dan kawen dengan adik ipar aku tu???




