WANITA SERING DIANIAYA DAN DITINDAS BUATKAN AKU MULA MERASA TAK ADILNYA AKU DILAHIRKAN SEBAGAI PEREMPUAN.
Hari berganti hari,kini aku seorang wanita dewasa yang sedang menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu..serta sebagai seorang anak dan menantu… Maafkan aku jika penulisan luahan hati ini bakal menaikkan amarah atau mungkin ada yang akan berkata bahawa tak bersyukurnya aku sebagai hambaNya dan berani mempersoalkan soalan seperti mencabar kuasaNya. Tapi persoalan dan perasaan kecewa ini sentiasa berlegar di akal fikiran dan jauh disudut hati sentiasa mempersoalkan ia berulangkali.
Kenapa perempuan sering dibebankan dan dipenuhi bermacam2 perasaan dan tanggungjawab dari kecil sehingga dewasa. ? Untuk lebih dekat dengan korang,aku tulis santai je k.. Sejak kecil, aku dah merasa macam2 perasaan seperti marah, penat, takut, kecewa. Ala semua kanak2 rasa macam tu sis. Tak. Sebab 4 perasaan ni diperolehi atas tanggungjawab yang digalas.
Tanggungjawab eh sis… Marah sebab balik2 kena buat keje, penat sebab kena buat keje,takut sebab tak buat keje, kecewa sebab kena marah kalau tk buat keje. Lekk ahh sis keje apa je pun kecik2 dulu tu… Em ,tak ade apa pun, cuma kena masak nasi, kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan, kadang tugas memasak memang wajib.
Apalah tu pun nak mengeluh. Simple je pun. Kebanyakkan ibu bapa sibuk bekerja jadi tanggungjawab dirumah adalah diatas bahu anak2. Kadang digalas oleh anak sepenuhnya. Sedih tau. Dengar semua tu macam mudah. Kalaulah mudah je flow tu, kenapa perlu ada perasaan sebegini.. Kau tak rasa perasaan bila mana kau tak makan tapi sinki penuh so kau memang kena basuh semua tu, ko tak rasa perasaan nak pakai baju, baju tak ade so kau sendiri yang memang kena basuh baju kau..
selagi ko tak basuh memang tak ade lah baju ko nak pakai…ko tak rasa kena basuh baju mak ayah abang adik lelaki ko skali.. Bukan senang eh nak bilas sidai seluar jean seluar orang dewasa yang tebal2 tu, baju kecik2 adik ko tu yang ko tak pakai pun jadi tanggungjawab ko kena basuh, sidai.. mesin basuh dulu bukan macam sekarang.. auto.. masuk baju letak sabun tekan start…
Takkk… Tunggu tadah air je dah lama.. sebab apa kena tunggu? Sebab selagi kau tak tutup selagi tu air tu masuk, jadi membazir2 keluar.. sebab tu baju and sabun kena masuk lepas air dah penuh… Masuk baju letak sabun pulas.. Bila habis pusing ko kena pergi kat mesin pulas lagi untuk air keluar.. Pastu pusing paip air untuk air masuk sesi bilas pulak.. Then ko kena amik ganti masuk tempat pengering kat sebelah.. Kalau tak muat, kena buat dua trip keringkan.. ko tak rase semua tu.
Kau tak rasa perasaan kau lapar sangat tapi selagi bukan kau yang kena bangun masak selagi tu la kau tak kan makan.. paling sedih bila org lain dalam rumah tu yang berlapar pun kau yang akan dipersalahkan, yang akan kena bising, kena soal..
rumah dah kemas, asyik sepah balik.. bila mak ayah ko balik ko yang akan kena salahkan kena bising… “Ingat aku ni babu korang ke, rumah bersepah.. aku keje cari duit untuk anak2 tapi aku jugak nak kena kemas rumah bila balik keje blablabla” Pedihnya. Nak salahkan mak pun tak boleh,sebab semua bergantung pada mak.. Mak yang struggle sorang2 kat luar sana tu cari rezeki untuk anak2 dia ni…




