salam min . aku nak minta pendapat korang , aku dah berkahwin dengan suami aku yang aku betul sayang min , perkahwinan kami baru 2 tahun . dan kami ada seorang anak . tapi min , aku baru saja bercerai dengan suami aku . atas pergaduhan besar kami min. selama aku pregnant . aku tak bekerja , duduk di rumah tapi suami aku min tetap suruh aku bekerja , dia kata letih tanggung aku . aku tak bekerja hanya tapi sekali sekala aku kerja di gerai ibu aku je min . sampai lah aku bersalin ? belum habis pantang aku terus kerja . aku tak fikir sakit caesar aku . aku terus kerja.
suami aku ni kadang baik , kadang nampak sayang . tapi bila gaduh min habis sundl semua keluar . dalam masa umur anak aku 2 bulan lebih pertama kali suami aku ceraikan aku dengan talaq satu dan suruh aku pulang rumah mak , sebab aku waktu gaduh tak pujuk dia min . aku balik .. tapi mak aku keluarga yg lain masih suruh kami berbaik demi anak , aku sayang dia min , aku pun rujuk semula lepas beberapa bulan suami aku cerai kan aku dengan talaq 3 , sebelum raya tahun ni min dalam bulan 5 . aku nangis min macam orang gila . hanya bersebab kan dia bergaduh dengan kakak aku min . tentang status sahaja min dia up status mengaib kan keluarga aku.
aku tegur gaduh gaduh terus dia ceraikan aku . Apa yang aku mampu buat nangis nangis sebab aku sayang sangat dekat suami aku aku kenal dia since umur aku 13 tahun kami bercinta dari kecik sampai lah kawin . okay sesudah talaq 3 aku naik makhamah . tapi dekat makhamah dia nangis min . dia menyesal depan hakim . sampai lah hakim jatuh kan pada talaq 1 . kami pun terima dan demi anak juga aku rujuk semula dengan suami yang aku sayang ni . sesudah nya kami hidup seperti biasa . raya menjelang kami beraya sesama.
sampai lah habis balik kampung , selang beberapa minggu beraya . kami bergaduh lagi . hanya kerana kawan . “suami aku sering bawa kawan datang rumah lepak depan rumah ” aku tak pernah kesah min life aku pergi kerja balik kerja 7 bulan min aku mcm tu je . tapi tanggungjawab dekat laki aku . anak aku tak pernah miss . “aku keluar rumah dengan kawan perempuan aku , dalam waktu aku bekerja , sebab teman kawan aku pergi cari kerja je min , ” suami aku cerai kan aku sekali lagi . mungkin salah aku aku keluar tak bagi tahu. tapi sampai pukul 7 pm sahaja . kami bergaduh .
Aku tak tahan diceraikan lagi lagi dan lagi aku jadi lebih agresif aku derhaka aku lempang muka suami aku sebab suami aku nak tumbuk anak aku min aku tak sengaja min . tak sengaja . aku baling botol perfume dekat dinding . sebab aku marah min . silap aku aku terlampau sensetive bila dia cuba buat sesuatu dekat anak aku . dia keluar dari rumah , dan lafaz cerai 3 kali melalui ws , aku hanya mampu nangis min.
7 kali dia lafaz dekat aku selama 2 tahun perkahwinan kami dan sekarang aku dah keluar dari rumah . aku hanya menyewa bilik dengan anak . dah sebulan jadi macam ni . aku hampir redha . dan sekarang dia datang lagi dalam hidup aku dengan kata sayang kata cinta rindu dia pada aku . dia kata sesal min . hati aku dah tak kuat . aku hanya mampu nangis sampai sekarang min . apa yang patut aku buat




