Assalamu’alaikum Admin. Tolong hide nama dan fb saya ya? Tq. Luahan saya ni adalah luahan 2 in 1. Geram dan nasihat. Semoga sesiapa yang ada “penyakit” gini, dapat hadam apa yang saya nak sampaikan. Gini.. dulu saya dan suami hidup miskin, Alhamdulillah bukan tahap fakir. Kami memiliki motor je masa tu. Dengan anak yang masih kecik usia setahun setengah. Ke hulu ke hilir naik motor. Masa tu, saya pregnant anak kedua. Kehidupan kami mula berubah bila suami mula ceburkan diri dalam perniagaan. Alhamdulillah perniagaannya semakin maju hari demi hari. Suami dapat beli kereta. Tambah peralatan berniaga. Dapat bayar hutang secara konsisten setiap bulan tak pernah miss. Alhamdulillah atas nikmat Allah.
Dari situ, beberapa family suami mula bukak mata. Kami kerap ke rumah mak dia a.k.a mil saya la. Adik bongsu dia baru menikah time tu. Dalam beberapa bulan la. Suami kena ke rumah mak sebab mak dia sakit. Setiap kali ada appointment kat hospital, suami yang akan bawakkan. Saya tak kisah sebab tanggungjawab sorang anak kepada mak. Waktu ni lah dia kena berbakti kepada mak. Mungkin ni juga asbab perniagaannya semakin maju. ALHAMDULILLAH. Nak dijadikan cerita, suami saya kerap ke sana, kadang duduk di sana lama juga. So, mestilah lapar kan? Belilah makan. Suami pulak bukan jenis boleh biarkan orang tengok dia dan anak isteri je makan, dia akan beli untuk semua orang dalam rumah. Kalau ada 5 orang dalam rumah tu, dia beli untuk 5 orang tu juga. Bila kerap pegi, kerap belanja makan, orang akan nampak, “eh dia ni kerap belanja, mesti duit banyak” gitu kan? Sebab dulu waktu kitorang takda duit ni, Alhamdulillah takda yang menadah tangan meminta duit.
Tapi lepas tengok suami dapat beli kereta, business maju, ada yang menadah tangan, mintak duit. Mula suami bagi. Bagi, bagi, bagi. Tapi bila kerap minta, suami cakap, dia kira sebagai hutang. Horlah, apa yang meminta tu ingat suami ni penat2 business semata-mata nak bg duit utk dia ke? Yang meminta cakap, “ala, takkan dengan adik sendiri pun nak berkira?” suami kata, “abang dok bagi ja, lepas tu dok kerap minta. Ingat abang ni bank? Lepas ni abang kira sebagai hutang. Hujung bulan tak bayar, jgn harap abang nak bagi pinjam dah”. Okay, mula saya ni okay tau. Saya tak ambik kisah dia nak bg duit berapa kat adik dia. Tapi bila tengok asyik menadah sedangkan baru ada isteri, belum ada anak, duduk pun menumpang dengan mak, tak payah bayar bil sgt sebab bil ada orang dalam rumah tu pun tanggung, saya dah rasa tak seronok.
Saya sebagai isteri yang dalam keadaan sarat mengandungkan anak ke hulu hilir naik motor untuk jimat pakai kasut sama selama 4 tahun tak pernah bertukar, duit pun tak pernah minta ke suami, bersusah payah naikkan business dengan suami, yang tolong suami dengan business dia, si adik dia senang2 hati asyik tadah tangan. Saya memang puas hati bila suami cakap dia kira sebagai hutang. Tak salahkan? Saya tak busuk hati dengan adik ipar sendiri kan? Lepas tu, mak mentua saya pun men!nggal dan saya pun dah melahirkan anak kedua. Saya ingatkan suami akan slow down a little bit nak pegi rumah mak dia yang dihuni si adik dengan sorang makcik dorang, tapi sangkaanku meleset! Dia masih kerap pegi. Ye, suami bawak saya dan anak2 sekali tapi kalau kerap pegi pun mcm rimas pulak.
Adik ipar dan isteri a.k.a biras saya suka la kami ke sana sebab suami akan belanja makan. Takpe la, nak belanja makan. Rezeki dorang dan in shaa Allah, rezeki suami pun akan bertambah sebab bersedekah. Tapi bila setiap kali pegi, even suami saya ni adik beradik dorang tapi kami pun ada hak sebagai tetamu, setiap kali tu la tetamu ni kena hidang makanan utk tuan rumah, ada sesiapa yang dapat menahan rasa tak puas hati tak? Dorang ada la juga buat makan, jamu kitorang tapi kalau dalam sebulan tu sekali. Kalau kami pegi, isteri dia suka buat muka muncung itik. Kalau suami pelawa nak beli makanan, dia tukarkan muncung itik jadi senyuman donald duck. Bila kami sampai rumah dorang je, akan tanya, “hari ni nak belanja apa? Hari ni nak makan apa?” “hari ni beli makanan apa? Aku tengah lapar ni. Takda duit nak beli makan.”
Masa ni saya jenis pendam, diamkan je. Ikut je apa suami kata dan buat. Saya rasa dia lebihkan family dia pun saya diamkan. Tapi ada masa saya merajuk dan marah kat dia juga sebab asyik ke sana dan kami akan gaduh juga kalau saya nyatakan ketidakpuasan hati saya yang dia lebihkan pihak family dia dan jarang nak ke rumah abah saya yang berhampiran dengan rumah mak dia. Saya selalu kalah bila berdebat ttg hal ni sebab dia kata, dia pegi sana atas urusan bukan saja-saja nak pegi bersantai. Saya sabar min. Saya berdoa moga Allah bukakkan mata dia utk dia sedar yang dia diperbodhkan oleh adik dia sendiri yang asyik nak menadah tangan bila berjumpa.
Alhamdulillah. Allah bukakkan mata dia setelah 6 tahun saya bersabar. Dia sendiri cakap kat saya bila saya tanya dia, nak pegi rumah adik ke hari ni? Dia jawab, “tak nak lah. Bila jumpa saja, mintak duit.” suami saya dah mengelak dari jumpa dia. Suami saya dah lebihkan family saya. Lifestyle adik ipar saya ni agak mewah berbanding kami. Alhamdulillah suami saya dapat terima dan fikir semula apa saja cakap pada dia ttg adik dia. Kalau nak kata saya ni jahat, katalah tapi sorang isteri yang mana sanggup tengok suami asyik kena pau duit je sedangkan isteri sendiri tak pau duit suami sebab tau susah penat suami keluar mencari rezeki, mencari idea utk business dan paling tak sanggup bila isteri pun tolong suami, bukan saya duduk saja dan dapat duit tiap-tiap bulan. Duit yang saya dapat adalah duit gaji hasil saya tolong suami. Bermakna, saya makan gaji dengan suami.
Kalau dah hutang, susah benar nak bayar. Lastly saya racuni fikiran suami saya. Saya cakap kat dia, “abang, sampai bila nak bagi duit kat adik abang tu? Sebab tu dia tak reti nak berjimat, bertanggungjawab kat isteri dan anak2 dia, sebab dia tau kalau dia takda duit, dia ada abang boleh hulurkan duit. Selagi abang dok tolong dia, selagi tu la dia tak reti nak bertanggungjawab sebab dia rasa dia ada “bank” yang boleh bantu dia.” Alhamdulillah. Sekali tu je saya bersuara. Suami jawab, “in shaa Allah, yang ni last then abang takkan berlembut hati.” Ye min, kesabaran saya ada had juga. Bukan berbulan tapi bertahun perangai dia gitu. Bila suami dah tak nak bg hutang kat dia sebab dia susah nak bayar hutang, dia hutang orang lain. Itu lantaklah asal dah tak mintak duit. tapi bila kitorang ke rumah dorang sebab ada hal di sana, suami akan nak balik cepat atau tak masuk ke rumah dorang sebab nak elakkan dari adik dia.
Dulu saya kesiankan dia min. Tapi tengok life dia, saya tak kesian. Saya akan ingatkan suami, “jangan bagi duit kat adik abang.” Kalau sekali sekala takpe. Sekarang Alhamdulillah dia dah jarang nak meminta sebab dia dah tau dia takkan dapat. Tapi kalau betul2 dia perlukan duit, dia akan paksa juga. Dorang suka buat mcm hidup susah. Buat betul-betul org miskin. Orang miskin yang ada kereta, ada motor, ada astro, ada rumah 2 tingkat. Hahaha. Lagi 1 min, saya geram, dia ni selalu diperbodohkan oleh kawan2 dia. Bukan dia sorang je min. Dengan isteri dan makcik yang tinggal sekali tu pun sama. Senang diperbodohkan. Bila dorang ada masalah, yang dicari utk settlekan masalah dorang adalah suami saya. Bila buat sesuatu, buat diam2 tak gitau lgsung kat suami saya. Bila timbul je masalah, baru nak call beritahu, mintak tolong.
Yang bagi masalah adalah kawan2 yang memperbodhkan dorang. Kemudian, dia pulak perbodhkan adik beradik sendiri. Menyusahkan adik beradik sendiri. Mana lah saya tak sakit hati? Nak menyusahkan suami saya sedangkan saya sendiri elakkan dari apa2 masalah sebab tak nak susahkan suami. Sebab tu suami dah tak nak sgt ke rumah dorang. Kami pegi pun sebab kesian kat makcik. Sekarang dah tak kesian. Dah malas nak kesiankan orang gitu. Yang ambik kesempatan atas kebaikan adik beradik sendiri.Harap2 yang adik beradik perangai suka menyusahkan adik beradik dan senangkan kawan2, yang tak ingat kat adik beradik bila dah senang, yang enjoy dengan kawan2 bila dah senang, ubah lah sikap tu.
Jangan asyik meminta sedangkan awak tak tau mcm mana abang/kakak awak struggle cari duit dan awak senang2 meminta mcm abang/kakak awak pegang duit awak. Buat la keja part time utk tingkatkan taraf hidup kalau dah tau awak jenis tak boleh nak kawal diri dari enjoy dengan kawan2. Janganlah baru tengah bulan, dah mcm ikan atas daratan kemudian buat muka tak makan seminggu. Kalau awak sayang adik beradik, jgn menyusahkan adik beradik awak. Awak tak tau abang awak lebih banyak benda nak kena tanggung daripada awak. Tolong eh? Tolong ubah sikap.




