As Salam min. Hide fb yer. Aku seorang suami, Aku tau sekarang nie isteri aku tengah stress.Tekanan. Tapi dia sikit pun tak merungut kat aku….Macam maner aku tau…. Sebab waktu aku menulis ni.. Aku pun tengah stress tahap gunung berapi…Kami tengah hadapi masalah kewangan Semuanya silap aku min 4 bulan lepas Aku kantoi ada skandal entah kali ke berapa.. Tapi nie paling terok. Rupanya isteri aku ada bukti lengkap semua tntg skandal. Mesej, wasap, gambar, Dah macam detektif min…
Ya ALLAH min. Masa nie Dia meletop min.. Sikit pun air mata dia tak keluar.
Masa nie isteri aku dah tidurkn anak2 dulu. Apa yang isteri aku luahkan malam tu min. Sumpah aku menyesal sebab tak jaga dia elok2. Aku abaikan dia… Aku minta maaf kat isteri aku. Aku nak ubah sikap aku..Ya Allah min. Dia terima aku. Dia ckp dia dah maafkn salah aku. Cuma dia tak kan lupa semunya sampai bila2…
Semua orang anggap aku suami yang baik. Sebab isteri aku tak pernah cerita buruk aku kat sesapa. Jahat aku isteri aku jer yang tau macam maner…
Tapi min. Dari raya lagi kami ada masalah kewangan. Ah Long cari aku suruh bayar duit yang aku pinjam. Nak tak nak. Kna la bayar pkai duit gaji yang ada setiap bulan.. Bayar kereta, bayar rumah. Tak cukup min. Isteri aku tolong topup min. Dia cuma biz online sikit2 jer..
Aku menyesal sangat min. Isteri aku kena tanggung beban untuk duit yang dia tak jamah sesen pun…
Selama 3 bulan lebih tu dia cover aku min… tak merungut sikit pun dia.
Tapi sejak berapa minggu nie. Isteri aku tak banyak cakap, dia Banyak termenung.
Aku tau dia dah usik duit modal biz dia min. Dia sayang sgt biz dia tu..
Hasil duit biz tu la dia tampung hidup dia dan anak2. Masa aku abaikn dia..
Lagi 1 dia usaha sendiri modal biz tu hasil titik peluh dia. Dari rm200 Dia dapat jadi kan modal dia rm 2k. Tapi sebab kan aku. Semua dia leburkan. Dia kata Kalau bukan dia yang tolong Sapa lagi yang nak tolong….
Aku nyesal sangat min Sebab kebodhan aku. Isteri aku yang kena tanggung susahnya dan Akibatnya. Aku betul2 stress. Aku tau isteri aku lagi stress Dengan masalah dari aku, dia Layan anak2 lagi. Hantar ambil anak2 sekolah.
Buat kerja rumah. Aku menyesal..




