Salam admin. Aku ni banyak kali dah taip delete taip delete kisah aku sebelum pikir panjang hantar kat page KRT ni. Tapi demi maruah orang2 yang aku sayang. Aku hantar jugak untuk mintak pendapatan engkorang. Macam ni, famili suami aku ni yang aku perasan memang ada masalah bau badan. Yang perempuan saja. Dari mak mertua aku, akak ipar aku dan adik ipar aku. Bapak mertua aku busuk juga tapi time dia balik kebun atau tengah berpeluh2. Awal2 kahwin aku perasan tapi aku diamkn sebab masa tu musim panas. Aku anggap jela peloh tak boleh nak kontrol.
Mak mertua aku tak ade lah tua mana. Sebaya mak aku. 52. Dia tukang jahit. Berkali juga aku tengok orang macam tak selesa bila duduk lama dengan dia lagi2 time kipas hala badan dia, aduh. Memang menusuk sangat. Sedare mara tak ade yang komplen mungkin sebab dah biasa tapi aku pernah dengar mak sedare sorang perli diorang ni bab bau tapi semua buat bdoh macam benda tu gurau. Kak ipar aku tu, tak kawin lagi. Dia cerita bila kenal mana2 laki, jumpa sekali dua lepas tu mesti lost contact. Aku pelik la tak kan la anak dara tak reti pakai wangi2, koman2 pun deodorant la. Memang kampong laki aku ni pendalaman sikit tapi bersepah je kedai jual deodorant.
Adik ipar perempuan aku tu pulak. Dulu masa sekolah aku anggp dia tak reti nak melawa lagi. Ni dah masuk kolej, tak tau la aku macam kengkawan dia bergaul dengan dia. Dia ni jenis alim sikit berstokin, baju labuh2, tudung labuh2 tapi malas mandi. Mandi sehari sekali waktu zohor sebelm solat tu je. Pastu baju yang lepas pakai mandi tu la esok masa lepas mandi baru bertukar. Kadang keluar pagi kalau belum waktu zohor, pegi pekan dekat2 ke, pasar ke. Dengan bau tengik hapak tu la dia pergi. Bila diorang ni tumpang kereta kitorang, laki aku macam dah paham aku tak selesa. Dia buka tingkap sikit untuk keluarkan bau. Dalam ekon bau nye yarabbi. Sedangkan kalau diorang lalu depan kipas pun boleh semerbak bau. Bayangkan la sampai tahap anak aku bila dah siap mandi, diorang gomol. Setengah jam macamtu anak aku kena mandi balik semula. Kalau tak nak diorang atau suami aku terasa, aku lap2 badan anak aku jela dengan tuala basah.
Tapi bila nak balik atau pergi mana2 dari rumah mak mertua aku ni, bila anak aku dah siap elok wangi apa semua, diorang gomol2.. 10 minit dalam kereta lepas bertolak memang ada stesen minyak. Aku mesti suruh suami aku berenti untuk tukar baju anak. Sebab memang busuk. Korang paham tak tahap busuk tu macam sampai boleh melekat. Pastu suami aku tak soal apa pun dia berenti jela untuk aku salin baju anak. Sebab aku rasa dia paham. Dia pun segan. Aku pun tak pernah sebut pasal ni kt dia sebab nak jaga air muka dia.
Aku ni memang tak ade masalah dengan keluarga suami. Aku sayang diorang macam famili sendiri sebab suami aku layan famili aku pun lebih pada famili dia. Cuma aku tak suke bila orang datang, buat2 tutup hidong, gosok hidong. Anak kecik yang tak reti jaga mulut terus cakap busuk la. Sedare mara dok perli aku tanya aku ni busuk ke tak kalau tak mandi ada la ayat2 diorang sebab aku kan baru lagi dalam fmili ni. Baru 2 tahun kawin. Anak pun baru 8 bulan. Aku kesian kat kakak ipar aku jugak sebab kalau dia bau macam ni takot orang mengata dia, laki tak nak kawan dengan dia sebab dia berbau. Umor dia dah masuk 3 series tau. Adik ipar aku ni pun sama tah jadi bahan ngumpat kengkawan dia ke sebab aku ni pun masa muda2, masa zmn sekolah duk asrama, zaman kolej ade je budak lain jenis berbau ni. Ada la ktorang ngumpat2 sikit hehehe tapi dorang jenis badan besar. Famili suami aku ni kurus2 semua cuma memang jenis badan berbau.
Aku perasan kalau suami aku ni tak pakai deodorant sehari pun busuk juga mungkin memang jenis badan berbau tapi yang lelaki tau jaga keterampilan pulak. Patut laki aku lepas mandi je spray deodorant. Walaupun dah nak tido, sebelum tido mesti pakai deodorant. Pegi keje pun siap perfume walaupun keje pomen je. Mandi pun kerap . Sabun pun pilih yang anti bakteria kalau aku beli sabun lutak ke, ape ke yang wangi2 dia tak nak. Nak yang mat! kuman jugak. Jadi aku ni bukan nak sebok hal kak ipar dengn adik ipar aku, mak mentua aku tu aku tak boleh nak uruskan lagi sebab yelah melentur buluh biar dr rebungnya. Mak mentua aku ketegori buloh tua. Takleh kacau dah. Aku nak bantu dua bradik tu ha. Memang diorang dua je perempuan. Yang lain laki tapi bawah2 aku. Kira adik bradik suami aku ni suami aku yang kawin dulu. Akak tak kawin2. Sampai tahap orang kenalkan pun, bila jumpa, sekali je pastu laki tu tak nak jumpa dah. Benda ni memang bukan masalah besar untuk aku, tapi aku sekadar nak bantu dalam masa yang sama tak nak diorang terasa atau tau yang aku ni cuba nak tolong diorang. Tak kan la saje2 aku nak cakap “eh boring kan hari ni? Jom kite pakai deodorant!” .. tolong korang bagi cadangan.




